Subscribe:

Pages

Wednesday 14 December 2011

IMAGERI

PENGENALAN
Penggunaan latihan mental dalam proses perolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran motor bukanlah satu fenomena baru. Salah satu bentuk latihan mental ialah latihan imageri. Menurut Orlick (1979), latihan imageri memberi peluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan cara mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan dengan masalah berkenaan secara nyata. Latihan imageri sering digunakan bagi mempelajari kemahiran baru disamping dapat mempertingkatkan prestasi atlet. Menurut Ungerlelder dan Goldmg (1992) pula menekankan tentang peranan latihan imageri untuk mengingatkan sesuatu bentuk pergerakan, mengawal diri, mengenalpasti masalah dan memotivasikan selain daripada membolehkan seseoorang itu merasakan sesuatu kejayaan. Menurut Shaharudin Abd. Aziz (2001), Block (1981) telah mendefinasikan imageri suatu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi. Manakala Wann (1997) pula memberi maksud imageri sebagai proses yang merangkumi visualisasi mental tentang tugasan yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut.

Richardson (1967), mendefinisikan imageri adalah suatu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik dalam minda. Barbara Brown dalam bukunya 'Supermind' pula menyatakan bahawa imageri sebagai tenaga asas, yang membantu setiap individu dalam keupayaan mencipta, atau mereka dan reka bentuk semula, gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenar pada masa, dan tempat tertentu kelak. Daya imaginasi selaku titik tolak mekanisme proses imageri. Rangsangan pelbagai deria digambarkan sebagai input imageri. Gambaran atau imageri yang terbentuk simbolik terhasil dalam minda sebagai output interaksi antara cue yang relevan dengan sistem memori. Imageri mental merupakan salah satu kombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang memberi kesan kepada aplikasi kemahiran dan persediaan untuk peningkatan prestasi ( William 1993 ).

Imageri adalah langkah peralihan proses minda, kepada realiti yang dapat diterangkan secara fisiologi. Sungguhpun demikian, ia masih tertakluk pada teori-teori yang dipegang. Rangsangan imageri terbentuk dalam minda (otak) hasil daripada kehendak kinestetik dalam tubuh badan dan berlandaskan pengalaman pelbagai sensori. Pemilihan dan pembentukan imageri (contohnya kemahiran menjaring) berlandaskan skema memori. Program gerak balas (menjaring) di girus prasentral. Unit motor dihantar melalui sel purkinje dan ekstra pyramidal ke saraf tunjang melalui eferen. Neuron motor menghantar unit motor ke otot yang relevan. (contohnya flesor dotorum profundus di lengan bawah tangan). Unit-unit motor direkrut dan neuron motor menghasilkan maklumat kinestetik contohnya sendi pergelangan tangan mengalami tindakan daya otot dan sedia untuk pergerakan.

Daya hasilan rekrut unit-unit motor cukup besar neuron motor menghasilkan kuncupan otot yang nyata sebagai perlakuan kemahiran fizikal. Lintasan pyramidal (pyramid tract) terbina daripada akson motor yang berpunca dari korteks motor, melintasi otot tengah pons dan pyramid di medulla sebelum bersinaps pada neuron motor di korda spina (saraf tunjang). Memori fakta adalah kebolehan pembelajaran dan ingat semula maklumat di korteks cerebral sementara memori kemahiran yang terletak di korteks cerebral adalah pembelajaran kemahiran motor yang dilakukan tanpa pemikiran yang sebenar. Skema memori yang relevan akan diperoleh semula dari stor memori jangka panjang ke stor memori kerja semasa pembentukan imageri. Hasil proses mencipta atau reka semula adalah gambaran imageri yang timbul dalam minda. Struktur keperluan bagi lingkaran memori fakta termasuk amygdala dan hippocampus, diencephalon, prefrontal. cortek dan basal forebrain. Oleh sebab memori kemahiran adalah tanpa pemikiran yang sebenar, lingkarannya terus dari amygdala dan luppocampus ke basal forebram. Maklum balas dari basal forebrain dihantar ke cortical sensori area sebagai pelengkap lingkaran.

Pengalaman sensori berada di cortical sensory area mengikut pola masing masing. Amygdala dan hippocampus berfungsi sebagai pusat pengumpulan maklumat, diencephalons sebagai pusat kawalan lalu menghantar maklumat maklumat untuk pembentukan keputusan di prefrontal cortex; hasil proses ini ke basal forebrain. Rembesan Acetycholine (Ach) di basal forebrain menghantar ke sensory cortex sebagai persepsi terhadap imageri yang akan dibentuk.

Terdapat dua pendapat utama mengenai imageri. Golongan pikturalist mengatakan imageri merupakan imej yang terpapar dalam minda adalah sebenar yang terbentuk / lahir dalam minda seolah-olah kita melihat benda tersebut berada di depan mata. Manakala golongan diskripsi pula berpendapat ianya merupakan gambaran grafik yangg diterjemahkan menerusi bahasa yang dibayangkan di dalam minda. Walaupun terdapat pelbagai pendapat, pada dasarnya imageri boleh diertikan sebagai bahasa minda. Imageri merupakan salah satu cara latihan yang berkesan digunakan keatas seseorang atlet sekiranya mereka tidak dapat melakukan latihan fizikal yang sebenar kerana kecederaan. Selain itu ianya juga boleh digunakan sewaktu waktu pertandingan itu sendiri. Menurut Shaharudin Abd Aziz (2001) penggunaan latihan imageri dikombinasikan dengann latihan fizikal yang lain mampu meningkatkan prestasi atlet ataupun sesuatu tugasan yang melibatkan kognitif.
BAGAIMANA IMAGERI BERFUNGSI
Terdapat tiga pendekatan yang utama bagi menjelaskan lagi mengenai fungsi imageri ini iaitu:
  1. Teori Psikoneuromuskular (psikologi + saraf)
Menurut teori ini, proses imageri akan menghasilkan corak yang hampir sama dengan pergerakan yang sebenar. Ianya berrpunca arahan dari otak dan seterusnya kepada otot yang terlibat, samaada otot tangan, kaki dan sebagainya.. ianya melibatkan satu arahan ‘efferen’ yang paling seminimum yang mungkin dari otak sehinggalah arahan yang paling maksimum.menurut Shaharuddin(2001), berdasarkan Jowdy dan Harris(1990) mendapati terdapatnya peningkatan arus eletrik dibahagian otot yang terlibat apabila berlakunya sesuatu proses imageri, samada proses iti secara visual ataupun kinestetik. Berdasarkan pendekatan tersebut, ianya dapat menerangkan lagi mengenai kewujudan skema pergerakan motor yang terhasil dari proses imageri ini.

  1. Teori Pembelajaran Simbolik
Berdasarkan teori ini pula, proses imageri akan terbentuk apabila seseorang individu telah merancang pergerakan yang akan dilakukan secara lebih awal lagi. Menurut shaharuddin (2001), perkara seperti matlamat pergerakan, sekuen pergerakan motor dan pergerakan alaternatif telah dirancang atau diprogramkan secara kognitif sebelum sesuatu pergerakan fizikal yang sebenarnya dibuat. Contohnya dalam permainan badminton, pemain dalam keadaan sedia untuk menerima servis lawan, pemain tersebut telah merancang pukulan yang akan mematikan servis lawanya itu. Andaikata servis pihal lawan Berjaya, pemain tersebut harus merancang gerakan atau pukulan untuk menerima servis yang berikutnya. Oleh yang demikian, segala pentuk perancangan strategi yang dibentuk atau dilatih secara kognitif , dilakukan secara berulang kali membolehkan pemain akan membuat respon yang tepat apabila ianya diperlukan.

  1. Teori Kebangkitan dan Tumpuan
Teori ini pula menggabungkan Teori Pembelajaran Simbolik dan juga Teori Psikoneuromuskular. Melalui penggabungan, imageri akan membantu seseorang atlet meningkatkan pencapaian ataupun kemahiran mereka dalam sukan secara kognitif mahupun fisiologi (Cox,1998). Ini kerana melalui pendekatan kognitif, proses imageri ini akan membantu para atlet untuk lebih fokus lebih khusus kepada tugasan yang akan dilakukan dengan menumpukan perhatian kepada kiu yang relevan dipersekitaranya. Manakala pendekatan fisiologi pula merujuk kepada proses mengawal sesuatu kebangkitan agar ia berada pada tahap yang optimum yang diperlukan untuk menghasilkan prestasi yang lebih optimum. (Shaharuddin, 2001).

Berdasarkan ketiga-tiga pendekatan teori ini, ianya telah banyak membantu atlet, jurulatih dan yang berkenaan dalam bidang sukan supaya lebih faham mengapa latihan mental seperti imageri ini amat berkesan dalam meningkatkan prestasi atlet dalam sukan yang mereka ceburi. Selain itu para jurulatih juga haruslah banyak menggunakan latihan imageri ini supaya atlet mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan mutu persembahan mereka.


JENIS-JENIS IMAGERI
Secara umumnya imageri ini terbahagi kepada dua jenis iaitu imageri dalaman dan juga imageri luaran. Pada dasarnya kedua-duanya melibatkan bayangan.
  1. Imageri dalaman
Imageri ini berlaku apabila seseorang itu dapat merasa pergerakan seperti diri sendiri yang melakukannya.( Neuromuscular). Contohnya cuba bayangkan anda sedang bersedia untuk menjaringkan gol dalam permainan bola jaring. Tangan kanan diangkat atas kepala dan memegang bola. Manakala mata tertumpu kepada jarring dan tiang gol. Anda dapat merasakan kaki dan tangan anda sedang sedikit bengkok dan dan seterusnya bola dilambung tinggi dan bola tersebut masuk kedalam jarring, dan anda dapat menjaringkan gol. Sekiranya anda dapat merasai setiap pergerakan yang dilakukan seperti anda sendiri sedang melakukannya, bermakna imageri dalaman sedang berlaku.

  1. Imageri luaran
Imageri luaran pula berlaku apabila seseorang hanya melihat pergerakan tersebut. Pergerakan tersebut dapat dilihat dengan jelas, namun demikian beliau tidak dapat merasai sensasi pergerakan tersebut. Dalam erti kata lain beliau tidak dapat merasa berat bola, perlakuan yang dibuat berdasarkan pergerakan yang beliau lihat. Pada tahap ini seseorang itu sedang beroperasi secara visual. Ini kerana seseorang itu dapat melihat setiap pergerakan dengan jelas, samada dalam telivesyen, di stadium dan sebagainya. Namun demikian beliau tidak merasai sensasi perlakuan yang beliau lihat.
Menurut Shaharuddin (2001), banyak kajian mengenai imageri telah dibuat, dan berdasarkan kepada kajian ini telah mendapati bahawa imageri dalaman telah menghasilkan kesan yang lebih positif. Ini kerana ianya banyak digunakan oleh atlet elit berbanding dengan atlet novis. Melalui penggunaan imageri dalaman ini juga ia banyak menghasilkan impuls eletrik yang disukat pada bahagian otot yang terbabit (Barr & Hall,1992). Namun demikian, beberapa pengkaji menjelaskan bahawa kedua-dua penggunaan imageri ini mempunyai kelebihan masing-masing. Ini kerana kedua-dua imageri ini digunakan oleh atlet agar dapat membantu mereka meningkatkan prestasi dalam sukan masing-masing.

BAGAIMANA IMAGERI DI UKUR
Kita akan mengalami masalah untuk mengukur imageri kerana kita perlu mengukur sesuatu yang subjektif berdasarkan perbezaan perspektif individu tersebut. Menurut Cox (1998), mendapati penggunaan imageri dalam usaha untuk membantu peningkatan prestasi serta kemahiran sukan kemahiran sukan semakin meningkat. Terdapat beberapa inventori yang boleh digunakan untuk mengukur kemampuan atlet mengawal serta memanipulasikan kejelasan yimaej yang dibayangkan. Antara inventori yang boleh digunakan ialah
  1. Gordon’s Test of Imagery Control (GTIC) yang menilai aspek kawalan imageri (Richardson, 1969)
  2. Vividness of Visual Imagery Questionnaire (VVIQ) yang menilai aspek kejelasan imageri (Marks, 1973)
  3. Vividness of Movement Imagery Questionnaire (VMIQ) yang menilai aspek kejelasan imageri (Isaac, Mark & Russell, (1986)
  4. Imagery Use Queastionnaire (IUQ) yang menilai aspek multidimensi imageri (Hall, Rodgers & Barr, 1990)
  5. Imagery Use Questionnaire for Soccer (IUQ-SP) yang menilai aspek multidimensi imageri (Salmon, Hall & Haslam, 1994)
  6. Sport Imagery Questionnaire (SIQ) yang menilai aspek multidimensi imageri (Hall, Mack & Paivio, 1996)
  7. Revised Moverment Imagery Questionnaire (RMIQ) yang menilai aspek multidimensi imageri ( Hall & Martin)

KEGUNAAN IMAGERI
Imageri mental adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menguasai kemahiran mental imageri ini memerlukan usaha, konsentrasi, disiplin dan latihan yang cukup. Imageri adalah satu teknik mental yang boleh digunakan untuk memperoleh kemahiran, meningkatkan kemahiran dan menyelesaikan masalah di dalam mindanya sebelum sesuatu pertandingan dan pemulihan kecederaan.

i. Pemerolehan Kemahiran
Sesuatu kemahiran baru boleh diperoleh dengan melakukan latihan imageri. Apabila seseorang atlet dapat menguasai latihan imageri, maka dia dapat menguasai atau 'visualize' dengan mudah. Dalam seni imageri perhatian hendaklah diberi kepada perbezaan sesuatu aksi yang baru dengan yang sedia ada pada pemain. Imageri digunakan sebaik sahaja selepas latihan fizikal atau atau di antaranya adalah lebih berkesan.  Contoh : Pemain tenis yang ditunjukkan dengan variasi servis yang baru dapat mempercepatkan proses integrasi kemahiran baru itu ke dalam permainannya. Ini dapat dilihat dengan melakukan 10 minit latihan imageri servis setiap petang dan melakukan servis 50 biji bola dalam latihan setiap pagi. Pada peringkat elit, belajar kemahiran baru tidak diperlukan selalu, tetapi terdapat banyak situasi yang memerlukan teknik imageri untuk memastikan kemahiran yang ada ditingkatkan atau dikekalkan pada tahap yang baik. Contoh: Teknik ini boleh digunakan semasa perjalanan jauh ke luar negeri, banyak masa dihabiskan di dalam kapal. terbang atau kenderaan. di mana tidak ada peluang untuk berlatih. 

Imageri mental juga boleh digunakan sebagai reviu untuk mengulang tayang keseluruhan atau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Reviu digunakan untuk menekankan sama ada aspek aspek positif atau negatif. Mengesan kelemahan dan kesilapan dan diganti dengan respons respons yang betul. Biasanya reviu digunakan selepas sesuatu acara.

ii. Pertandingan
Mental imageri boleh digunakan untuk menyediakan tahap kognitif atlet untuk sesi latihan dan pertandingan akan datang. Imageri boleh menjadi alat bantuan untuk membuat dan latihan berdasarkan situasi pertandingan yang sebenar. Contoh : Di Rusia, pegawai-pegawai sukan mereka telah mengambil gambar gambar kemudahan sukan di Montreal dan gambar gambar ini telah dikaji oleh atlet atlet mereka. Walaupun mereka tidak pernah ke Montreal, gambar gambar tersebut dapat membantu mereka membayangkan seolah olah mereka sedang beraksi di sana. Tujuannya adalah untuk mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran pertandingan.
Imageri digunakan untuk membantu atlet membuat gambaran strategi sesuatu pertandingan dan berlatih untuk meningkatkan aspek aspek berkaitan permainan. Ini adalah untuk membiasakan mereka dengan peranan ahli pasukan di samping dapat memantapkan peranan sendiri.Contoh : Ahli pasukan bola keranjang boleh menggunakan imageri untuk meningkatkan strategi pertandingan yang baru. Beberapa alternatif strategi mesti diadakan sebab setiap pasukan lawan bermain dalam situasi sebenar. Melalui imageri, mereka boleh mempertajamkan strategi pasukan mereka.

Mental imageri boleh digunakan sebagai previu yang dilakukan beberapa minit sebelum pertandingan. Ini lebih mudah dilakuan dalam kemahiran tertutup seperti gimnastik. Atlet akan dapat mengetahui dengan tepat apa aksi atau pergerakan yang terlibat. Gambaran keseluruhan rutin pergerakan dapat membantu siri pergerakan yang lebih automatik. Jadi semasa persembahan, fokus ditumpukan kepada transisi pergerakan yang sukar dalam tugas seperti gimnastik. Contoh: Dwight Stones, seorang atlet lompat tinggi Olimpik telah menggunakan imageri mental di sepanjang kerjayanya. Sebelum melakukan lompatan. Stones akan merenung palang lompat tinggi sambil melakukan imageri mental. la akan membayangkan dirinya melakukan lompatan dengan teknik yang betul dan tepat. Pada peringkat pertandingan reviu melalui imageri juga boleh digunakan bagi mengesan kelemahan dan kesilapan, seterusnya tindakan yang betul dapat diambil untuk pertandingan berikutnya.

iii. Penyelesaian Masalah
Imageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin atau kemahiran untuk mengesan masalah dan membetulkannya dalam sesi latihan atau pertandingan. Atlet boleh menggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal dalam. imageri untuk mengesan di mana masalah itu berlaku. Setelah dikenal pasti masalah tersebut, maka atlet itu bolehlah menggunakan latihan sebahagian kepada keseluruhan (part to whole) dalam latihan imagerinya sehingga ianya dilakukan dengan konsisten.

iv. Pemulihan Dari kecederaan
Latihan imageri mental boleh digunakan semasa pemulihan dari kecederaan atau bila bila masa latihan fizikal tidak dapat dijalankan. Kebanyakan atlet yang tidak dapat beraksi boleh melakukan latihan mental melalui pemerhatian. Mental imageri digunakan untuk 'cope' dengan sakit di tempat kecederaan yang dialami. Ini boleh mempercepatkan pemulihan serta melindungi kemahiran kemahiran fizikalnya daripada merosot. Satu teknik yang berkesan untuk mempercepatkan kesakitan atau kecederaan sembuh adalah dengan menggunakan visual untuk meningkatkan bekalan darah pada anggota yang cedera. Ini bergantung pada keupayaan konsentrasi. Untuk mengatasi kesakitan anda boleh menggambarkan anda berada di satu tempat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini boleh mengelakkan anda, dari merasai sakit yang dialami. Untuk melakukan semua ini, atlet itu perlu belajar mengawal konsentrasi dan bagaimana hendak mengekalkan imej.

DAPATAN KAJIAN

Pencapaian prestasi sukan dan senaman bergantung kepada kemahiran fizikal dan kemahiran mental. Program latihan kemahiran fizikal telah lama popular di Malaysia; istilah intensiti latihan fizikal, aspek kecergasan kardiovaskular, kekuatan otot dan lain lain lagi lazim kedengaran. Sebaliknya kemahiran mental seperti pengurusan stress, imageri teknik konsentrasi dan sebagainya masih baru dalam arena latihan sukan di negara kita, apatah lagi dalam bidang senaman rekreasi semata mata. Latihan mental adalah satu siri aktiviti yang dirancang secara sistematik untuk membina kecergasan mental supaya mempertingkatkan prestasi.

Oleh yang demikian pelbagai kajian telah dibuat berdasarkan penggunaan imageri dalam sukan. Berdasarkan kajian Mohd Sofian Omar – Fauzee et al (2009). Objektif kajian ini adalah bagi mengkaji keberkesanan penggunaan imageri dan strategi tindakan dalam meningkatkan prestasi dalam sukan. Melalui kajian ini seramai 106 orang subjek telah digunakan(42 lelaki, 64 wanita). Yang mana mereka merupakan atlet malaysia yang mempunyai tahap yang berbeza dari segi penyertaan dan juga sukan. Kebanyakan dari atlet ini merupakan penuntut disalah sebuah universiti di Malaysia dan berumur diantara 17 hingga 4 tahun. Kajian ini telah mengunakan insrumen ‘Sport Imagery Questionaire’(SIQ) dari Hall, Mack,Paivio dan Hausenbles(1998) dan juga ‘The athletic Coping Skill Inventory 28’ dari Smitch, Schultz dan Placek(1995). Berdasarkan dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa penggunaan strategi mental dalam sukan banyak membantu atlet meningkatkan prestasi mereka. Sebagai keputusannya terdapat hubungan di antara kemahiran imageri dan strategi tindakan. Keputusan kajian menunjukkan SIQ dan ACSI 28 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dengan responden yang sama dengan alpha cronbach, min dan sisihan piawai iaitu .932. namun begitu terdapat perbezaan signifikan antara atlet lelaki dan perempuan.

Menurut Law et al (2006) dalam kajian mereka ‘Imagery use, percieved pain, limb funcitioning and satisfaction in athletic injury rehabilitation’. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan diantara penggunaan imageri dikalangan atlet, kesakitan, fungsi keseluruhan bawah badan dan kaitannya dalam pencegahan kecederaan. Pengkaji telah menggunakan responden seramai 83 orang atlet yang mengalami kecederaan, iaitu 44 lelaki dan 33 wanita. Kesemua atlet ini menerima rawatan fisioterapi dan kesemuanya mengalami kecederaan bawah badan. Insru'men yang digunakan dalam kajian ini adalah ‘Athletic Injury Imagery Questionaire 2(AIIQ-2), The Visual Analouge Scale (VAS) For Pain’, The Lower Extereminity Functional Scale(LEFS), Question Concerning their Use of Imagery for Pain Management’. Atlet-atlet ini terbahagi kepada dua, iaitu atlet yang menggunakan imageri untuk menguruskan rasa sakit dan atlet yang tidak menggunakan imageri untuk menguruskan kesakitan. Atlet yang menggunakan imegeri mempunyai tahap yang berbeza mengenai tahap kesakitan iaitu (p>.05)berbanding dengan tidak menggunakannya. Selain itu juga, kumpulan yang menggunakan imageri mempunyai tahap signifikan terhadap kognitif, motivasi dan imageri penyembuhan iaitu (p<.05)

Kajian yang seterusnya yang melibatkan penggunaan imageri adalah dalam sukan adalah kajuan yang dibuat oleh William J.G et al yang bertajuk ‘Motor Imagery Boost Proprioceptives Neuromuscular Facilitation in the Attainment and Retention of Range Of Motion at The Hip Joint’. Kajian ini dibuat bertujuan mengkaji mengenai keberkesanan gabungan latihan PNF dengan teknik latihan mental imageri bagi meningkatkan lagi pergerakan perlakuan sendi paha. Seramai 24 orang subjek telah digunakan. Subjek ini merupakan penuntut salah sebuah university di Liverpool, United Kingdom. Subjek ini berumur 21 tahun dan terdiri daripada 12 lelaki dan 12 wanita. Bagi melaksanakan kajian ini, penyelidik telah menggunakan insrumen termasuklah latihan PNF itu sendiri, latihan imageri yang mana membuat rawatan sambil menunjukkan video pergerakan tulang manusia. Kemudian ianya diakhiri dengan latihan kelenturan. Berdasarkan hasil dapatan mendapati bahawa gabungan antara latihan PNF dan motor imageri meningkatkan lagi latihan julat pergerakan.

Dalam jurnal yang bertajuk ‘Types of Imagery Associated with Sport Confidence in Netball Players of varying Skill Level’yang dikaji oleh Callow N dan Hardy L. Ianya mengkaji mengenai dua aspek untuk diaplikasi dalam sukan iaitu hubungan antara jenis imageri dan keyakinan serta tahap kemahiran dan jenis sukan. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan 123 orang pemain bola jaring negeri. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan yang mempunyai kemahiran yang agak lemah iaitu seramai 56 orang, manakala kumpulan yang seterusnya adalah kumpulan yang mempunyai kemahiran dalam bola jaring yang tinggi. Namun demikian kedua-dua kumpulan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman dalam permainan bola jarring. Pengkaji telah menggunakan insrumen soal selidik ‘Sport Imagery Questionaire(SIQ) dan ‘State SportConfidence Inventory’

Menurut K.H. Khayambashi, A.R.Movahedi and B. Alizadeh Toi “Mental Imagery Abity In Injured Uninjured Elite Professional Soccer and Volleyball Players” Mengkaji tentang kemampuan imageri bagi pemain elit profesional bola sepak dan bola tampar yang sihat dan mengalami kecederaan Vividness of Visual Imagery Questionnaire (VVIQ) ia mengandungi 5 skala, subjek perlu tutup mata setelah selesai menjawab soalan tersebut, skor antara 16-80, skor yang rendah didapati bahawa kapasiti imageri adalah tinggi., Vividness of Movement Imagery Questionnaire (VMIQ) terbahagi kepada dua iaitu kinestatik dan gamabaran imej, terdapat 24 situasi, mengandungi 5 skala, skor antara 24 -120, skor yang rendah didapati bahawa kapasiti imageri adalah tinggi. Dua orang pemain elit Iranian bola sepak dan dua pemain elit bola tampar. Independent t test p < 0.05, SPSS (vesion 10.0). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap internal mental imageri diantara atlt elit yang sihat dan tercedera. Tiada perbezaan signifikan terhadap external mental imageri bagi pemain bola sepak yang sihat dan tercedera. Tiada perbezaan yang signifikan bagi pemain bola tampar bagi pemain bola sepak yang sihat dan tercedera. Berdasarkan kajian didapati pemain bola sepak cenderung mengalami internal imageri mental.

Menurut David A. Shearer, Rob Thomson, Stephen D. Mellalieu and Catherine R. Shearer (2007). The relationship between imagery type and collective efficacy in elite and non elite athletes”. Hubungan antara jenis “imagery” dan “collective efficacy” bagi atlet elit dan bukan atlet elit. Ia menggunakan soal selidik SIQ untuk individu, Collective Efficacy Inventory (CEI) ia menggunakan skala likert satu hingga lima iaitu not at all ke very much so, Cognitive General (CG) seperti stratergi alternative, kognitif spesifik iaitu bayangkan menang medal, Motivational General Arousal (MGA) iaitu membayangkan tekanan dan kebimbingan, Motivation General Mastery iaitu pembelajaran membayangkan kemunculan pihak lawan dihadapan. Responden terdiri daripada 140 orang pemain bola sepak, ragbi dan basketball kerusi roda, n = 70 atlet elit, n = 70 atlet bukan elit, Umur antara 18 – 55 tahun. Hasil dari kajian didapati tidak terdapat perbezaan signifikan bagi atlet bukan elit. Terdapat peningkatan bagi atlet elit dalam Motivational General Mastery (MGM) imagery dengan penigkatan 17%.

Menurut Jamie et. al. (2008) dalam kajiannya bekenaan “The effects of video and cognitive imagery on throwing performance of baseball pitchers : a single subject design”. Kajian ini memberi kesan tindakbalas dalam masa tiga minggu bagi imageri dan video imageri tentang bagaimana individu membuat balingan. Terdapat perbezaan diantara kategori “both low dan high ability imagers”. Subjek terdiri daripada 60 orang pembaling. Terdapat 6 orang pembaling dari southeastern Georgia mereka terdiri daripada region sekolah tinggi dan kolej. 2 atlet lelaki kolej, 2 atlet sekolah menengah umur antara 16 hingga 22 tahun. Pengalaman mereka sekurang-kurangnya dua tahun dalam. Pada minggu pertama pengukuran asas 2 high ability dan 2 low ability bahagian imageri ambil bahagian dalam tempoh masa tiga minggu terhadap videi imagery dan program intervention imagery. Terdiri daripada kumpulan kawalan yang mana mempunyai kemahiran dalam membaling. Keputusan menunjukkan 2 pertunjukan terdapat peningkatan dalam persembahan. Penulis memaklumkan secara ringkas maklumat ringkas tentang risiko menjalankan ujian ini, memaklumkan kepada ibubapa. Alatan yang digunakan ialah Samsung Sports Camcorder SC-X205L/X210L dalam mnegukur/merekod sepanjang musim ia dituju khas untuk “pitch” ia merupakan external helmet camera modul, ia merupakan gambaran sudut pandangan internal “pitch”. Soalan Moverment Imagery Questionsnaire Revised (MIQR) digunakan, MIQ, menggunakn 7 point skala likert. Keputusan kualitatif pelajar diberi percubaan dan dirakan serta ditanda dari satu hingga sepuluh sebagai jarak pengukur ketepatan. Keputusan kualitatif pelajar diberi percubaan dan dirakan serta ditanda dari satu hingga sepuluh sebagai jarak pengukur ketepatan. Hasil kajian didapati terdapat peningkatan dalam persembahan atlet, sementara penyertaan menggunakan imageri bagi mendapatkan kesan yang pelbagai.

Types of Imagery associated with sport confidence in netball players of vanging skill level”. Menggunakan 123 subjek yang mana terdiri daripada 55 subjek “low standart” dan 68 subjek “high standard”. Ia trediri daripada 4 buah negeri yang berbeza dari sekolah, kelab, Negara dan kebangsaan bawah umur 12,16,18 dan 21 tahun. Menggunakan soal selidik Sport Imagery Questionnaire (SIQ) ia menggunakan skala likert 1 hingga 7. Terbahagi kepada lima iaitu Cognitive General (CG), Cognitif Spesific (CS), Motivation General Arousal (MG-A), Motivation General Mastery (MG-M) dan Motivation Spesific. 10 subjek tidak dapat lengkapkan soal selidik SSCI kerana tiada perlawanan hanya 110 data yang diperolehi untuk dianalisis yang mana 50 sampel 1 terdiri daripada “low skill” dan 60 sampel 2 terdiri daripada “high skill”. Hasil kajian didapati terdapat perbezaan signifikan di antara Imageri dan Mastery Imagery bagi “low standard” dalam keyakinan sukan yang pelbagai. Hasil kajian didapati Imageri bersesuian dengan emosi pemain yang kurang berkeyakinan dan berkeyakinan negatif. Terdapat perbezaan signifikan bagi “high standard” yang mana mempunyai orientasi matlamat yang pelbagai. Didapati terdapat hubungkait diantara fungsi dan perbezaan jenis imageri dalam persembahan.

Loretta A. Handegard et. at. (2006). “Relaxation and guide imagery in the sport rehabilitation contex”. Ia mengkaji tentang kesan relak dan imagery dalam rehabilitation sport dan set keyakinan ketakutan untuk kembali dalam sukan. Ia menggunakan soal selidik SIQ dan self confident questionnaire. Ia menggunakan 2 subjek lelaki yang tercedera iaitu pemain bola sepak dan baseball. Ia mengalami kecederaan yang terlampau dan memakan masa dua minggu untuk pulih. Hasil kajian didapati terdapat peningkatan dalam diri atlet selepas menjalani kajian ini yang mana atlet telah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan sokongan sosial pada tahap yang tinggi.

Imagery use and web based interventions for advanced learning in soccer”, hubungan yang mana penggunaan imageri dan asas video dalam penigkatan pembelajaran dalam bola sepak. Subjek terdiri daripada 16 orang berusia antara 17 dan 18 tahun. Ia menggunakan soal selidik SIQ iaitu Cognitif General (CG) dan video. Hasil daripada kajian ini didapati tidak terdapat perbezaan di antara kedua-dua instrument (tahap kognitif imageri umum dan kemampuan kumpulan untuk melihat dan membina simulasi pemain bola sepak) cadangan pada kajian akan datang subjek perlulah mempunyai skill yang tinggi. Bimbingan pakar bagi setiap kumpulan imageri tidak mengikut kepakaran. Tindakbalas kualitatif menunjukkan gabungan kemampuan iaitu kemahiran pemain dan kepimpinan pemain. Kajian ini perlu dilakukan semula dengan gabungan pemain bola sepak yang mempunyai skill yang tinggi dan tahap kebolehan yang tinggi.

Imagery and self talk training improves golf” oleh Thomas, P.R., & Fogarty, G.J (1997). Kajian ini dijalankan terhadap 32 pemain golf yang berumur 29 hingga 59 tahun yang telah menjalankan latihan selama dua bulan di kelab golf. Subjek perlu menlakukan dua perkara iaitu the golf performance servey (GPS) dan the sports imagery questionnaire (SIQ). Kajian ini menggunakan lima elemen psychological dan psychomotor skills iaitu pengetahuan kognitif dan perasaan negative, persediaan mental, automaticity, kemahiran dan penigkatan persembahan. Hasil kajian ini didapati mutu permainan mereka semakin meningkat. Pengkaji berpendapat teknik imageri ini sesuai untuk diaplikasikan kepada atlet yang telah mempunyai kemahiran yang konsistan dan focus yang baik.

A coach’s instructional will affect imagery effectiveness. Kajian ini dijalankan olehj Baker, F.C., Boschker, M.S., & Chung, T. (1996). Kajian ke atas 39 orang pelajar. Kajian ini menggunakan Lang’s dichotomous modekl of stimulus. Teknik imageri ini digunakan untuk atlet angkat berat di antara 4.5 hingga 9 kg. Pengkaji menggunakan soal selidik Movemenet Imagery Queationnaire (MIQ). Hasil kajian didapati model soal selidik ini sesuai diaplikasikan apabila atlet berada didalam perasaan stabil untuk membuat pergerakan tersebut. Atlet perlu member tumpuan bagaimana untuk melakukan aktiviti tersebut dengan perasaan dan sensasi untuk membolehkan mereka mendapat hasil keputusan yang baik menggunakan imageri tersebut.




PENUTUPAN
Imageri adalah teknik mental yang sesuai digunakan sebagai latihan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet dalam sukan khususnya. Kemampuan menggunakan imageri yang bersesuaian dengan matlamat individu merupakan kunci utama bagi melihat keberkesanan imageri dalam meningkatkan prestasi sukan. Maka sebagai guru atau jurulatih perlulah mempelajari teknik imageri untuk diaplikasikan kepada atlet dalam meningkatkan prestasi atlet. Namun peningkatan prestasi tidak hanya bergantung kepada teknik imageri semaata-mata tetapi seseorang atlet itu perlu menjalani latihan fizikal dan teknik psikologi yang lain dalam membantu meningkatkan kemahiran mereka.


RUJUKAN
Bakker, F.C., Boschoker, M.S., & Chung, T. (1996). Changes in muscular activity while imaggining weight lifthing using stimulus or responding proposition. Journal of sports and Exercise Physhology, 18, 313-324.
Callow, Hardy L. (2001). Types of imagery associated with sport confidence in netball players of varying skill lavel. Journal of Appliyed Sports Psychology. 13, 1-7.
David A. Shearer, Rob Thomson, Stephen D. Mellalieu and Catherine R. Shearer (2007). The relationship between imagery type and collective efficacy in elite and non elite athletes. Journal of Sports Sciences and Medicine. Vol 6. 180-187.
Ian R. Haslam (2003). Imagery use and web based interventions for advanced learning in soccer.
K.H. Khayambashi, A.R.Movahedi and B. Alizadeh (2209). Mental Imagery Abity In Injured Uninjured Elite Professional Soccer and Volleyball Players. World Journal of Sports Sciences. 4, 2018-221.
Law B., Driediger M., Hall C. et. al. (2006). Imagery use perseived pain limb funtioning and statisfaction in atletic injury habilitation. Journal of Physiotherapy. 34 (1).
Mohd Sofian Omar Fauzee (2002). Psikologi sukan : konsep dalam latihan dan pengajaran sukan. Kuala Lumpur : Utusan publications & Distribution Sdn. Bhd.
Mohd Sofian Omar Fauzee (2009). The effectiveness of imagery and coping stragtegies in sport performance. European Journal of Social Sciences. Vol. 9 (1), 97.
Shaharudin Abd. Aziz (2001). Imageri dalam sukan : Mengaplikasikan teori psikologi dalam sukan. Kuala Lumpur : Utusan Pub. Sdn. Bhd.
Thomas,P.R., & Fogarty, G. J. (1997). Physhological skill training golf : The role of individual differences in cognitive preferences. Sports Psyshologist, 11, 86-106.
Williams J. G. Odley L. J. & Callagsan M. (2004). Motor imagery boosts proprioseptive neuromuscular fasilitation in the attainment and retention of range of motion at the hip joint. Journal of Sports Sciences and Medicine. 3, 160-166...



2 comments:

Wild Extreme Adventure said...

terima kasih...sangat berguna...

Unknown said...

mana rujukan COX 1998???

Post a Comment