Subscribe:

Pages

Wednesday, 14 December 2011

MOTIVASI SUKAN

INSTRUMENTASI DALAM PSIKOLOGI SUKAN


PENGENALAN

A. MOTIVASI PENCAPAIAN (TEOSQ):

Maksud Motivasi Pencapaian?
- Motivasi Pencapaian bermaksud penggerak kepada kemahuan dan keinginan seseorang untuk berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu yang dihajatkan. Ia juga boleh dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Manusia yang mempunyai motivasi pencapaian bererti dia sudah memperolehi kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat.

Maksud ‘TEOSQ’?
  • TEOSQ ( The Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire) merupakan satu kaedah instrumen yang digunakan bagi menilai tahap perbezaan individu untuk mengecapi kejayaan dalam lapangan sukan menerusi pendekatan berorientasikan tugasan (Task Orientated) atau pendekatan berorientasikan keegoan.( Ego Orientated).

  • TEOSQ juga bermaksud satu kajian soal selidik yang di reka bentuk untuk mengkaji perbezaan psikologi antara seseorang atlit yang dikaitan dengan perspektif demogfari, inventori persaingan dan orientasi tugas serta keegoan seseorang.

B. SUMBER BAHAN SOAL SELIDIK:
- Borang soal selidik berorientasikan matlamat pencapaian atau “The Task and Ego Orientation in sport Questionnaire”

C. CARA PENYEDIAAN DAN PENTADBIRAN TEOSQ:
- Arahan soal selidik perlu jelas sebelum seseorang atlit menjawab soalan ini.
- Soalan soal selidik perlu ringkas dan mudah difahami oleh atlit.
- Skala jawapan perlu masukkan di dalam borang soal selidik sebagai rujukan.

D. PENILAIAN TERHADAP SOAL SELIDIK (TEOSQ):
Terdapat 2 item iaitu :
- Task Orientation ( 1 = Paling rendah ….hingga 5 = Paling tinggi)
- Ego Orientation ( 1 = Paling rendah….hingga 5 = Paling tinggi )

E. ANALISIS SOAL SELIDIK (TEOSQ):
Keputusan soal selidik ini akan di analisis secara perbandingan dengan dapatan keputusan analisis yang terdahulu. Keputusan yang telah selesai di analisis diharap dapat menunjukkan peningkatan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya.
Keputusan dapatan perlu mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi agar soal selidik ini konsisten dan stabil semasa proses pengukuran dilaksanakan.



KAJIAN PERTAMA
TAJUK: A comparison of the goal orientation and perceived motivation climate of NCAA Division 2 Basketball players and cross country runners.

PENGKAJI : Paulson.R.A. (2000). Master of Arts in Kinesiology, Sonoma State University.

OBJEKTIF KAJIAN:
- Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji matlamat pencapaian orientasi dan persepsi kemuncak motivasi capaian melalui atlit wanita dalam permainan bola keranjang dan pelari jarak jauh. Juga untuk melihat dan menilai hubungan psikologi antara matlamat pencapaian orientasi atlit dan persepsi kemuncak motivasi pemain bola keranjang.

METODOLOGI:
- Kajian ini menggunakan borang soal selidik orientasi matlamat pencapaian atau ‘Task and Ego Orientation in sport questionnaire’ (TEOSQ) dan ‘Perceived Motivational Climate in sport Questionnaire’ (PMCSQ) bagi pemain bola keranjang wanita dan pelari jarak jauh wanita.

- Bilangan responden yang dikaji ialah 66 orang untuk pemain bola keranjang dan 92 orang untuk pelari jarak jauh.

- Analisa Ujian T- dan Pearson korelasi digunakan semasa proses mengira dan mendapatkan data.

DAPATAN HASIL KAJIAN:
- Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap matlamat pencapaian orientasi TEOSQ untuk kedua-dua kumpulan kajian ini iaitu (p >.05). Tetapi mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap persepsi kemuncak hubungan motivasi (PMCSQ).

- Pelari jarak jauh memperlihatkan sedikit kesan positif melalui dapatan tugas pencapaian TEOSQ manakala pemain bola keranjang lebih menerima kesan positif melalui saingan motivasi kemuncak.

KRITIKAN:
- Terdapat perbezaan keputusan melalui soal selidik TEOSQ pemain bola keranjang dan pelari jarak jauh. Bagi pemain bola keranjang, mereka terdedah kepada kesan positif dan negatif semasa permainan berlangsung, dimana mata jaringan diambil kira seberapa banyak yang mungkin berdasarkan waktu permainan.

- Sementara pelari jarak jauh pula merujuk kepada pesaingan kekuatan kardiovaskular dan tenaga semasa beraksi. Jadi pendapat saya kajian ini seharusnya dilakukan perbandingan jenis sukan yang hampir sama dan keputusan akan menyaksikan signifikan yang tinggi.




KAJIAN KEDUA
TAJUK: Motif penglibatan remaja dalam sukan hoki dan pengaruh orientasi matlamat terhadap pencapaian dalam pertandingan hoki kebangsaan (Bawah 15 tahun) 2002.

PENGKAJI : Dr. Nelfianty Mohd Rasyid.(2002). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

OBJEKTIF KAJIAN:
- Tujuan penyelidikan ini ialah mengenalpasti motif penglibatan dan corak orientasi matlamat di kalangan pemain hoki remaja wanita yang menyertai kejohanan hoki kebangsaan (bawah 15 tahun) pada tahun 2002, di Kuantan, Pahang.
- Mengenalpasti motif penglibatan dan corak orientasi matlamat atlet remaja wanita yang menyertai kejohanan hoki kebangsaan pada tahun 2002.
- Mengenalpasti hubungan antara motif penglibatan dengan corak orientasi matlamat atlet remaja wanita yang menyertai kejohanan hoki kebangsaan pada tahun 2002.
- Membandingkan motif penglibatan dan corak orientasi matlamat pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir dengan pasukan yang gagal di kejohanan hoki kebangsaan (bawah 15 tahun) pada tahun 2002.

METODOLOGI:
- Pengkaji menggunakan kaedah metodologi diskriptif iaitu borang soal selidik ‘Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire’ (TEOSQ) dan ‘Purpose of Sport Questionnaire’ (POSQ).
- Soal selidik TEOSQ yang direka oleh Duda dan Nicholls pada tahun 1989 dan diubahsuai oleh Shaharudin (1998) mengandungi 13 item yang menggambarkan corak orientasi matlamat penyertaan individu di dalam aktiviti sukan.

- Soal selidik motif penglibatan POSQ yang di reka oleh Duda (1989) dan diubahsuai oleh Shaharudin (1998) mempunyai nilai cronbach alpha yang tinggi terhadap 2 faktor motif iaitu ‘bekerja (r =0.89) dan motif kaya (r = 0.73).

- Responden sampel kajian adalah kesemua pemain hoki yang terlibat dalam kejohanan Hoki Wanita Kebangsaan (bawah 15 tahun) pada tahun 2002 di Pahang.

- Subjek kajian seramai 123 orang pemain hoki yang mewakili negeri Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Sarawak, Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan.

DAPATAN KAJIAN:
- Hasil analisa data menunjukkan atlet remaja wanita yang menyertai kejohanan hoki ini memilih bermain untuk mencapai prestasi yang tinggi dengan bekerja keras dan menghormati undang-undang (M = 4.12 ± 0.48) sebagai motif utama penglibatan mereka berbanding motif untuk menjadi kaya dan terkenal (M = 4.31 ± 0.68).

- Orientasi matlamat mereka pula lebih berorientasikan tugasan (M = 2.61 ± 0.38) berbanding ego (M = 2.61 ± 0.75).
- Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara corak orientasi matlamat ego di kalangan atlet yang berbeza tahap pencapaian. Atlet yang berpencapaian tinggi iaitu berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Kebangsaan Bawah 15 tahun didapati lebih mempunyai orientasi matlamat ego berbanding atlet yang gagal ke peringkat separuh akhir.

- Hasil analisis korelasi Pearson pula mendapati wujud perhubungan yang signfikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan bekerja keras ( r =.426, p< 0.01).

KRITIKAN:
- Atlet remaja wamita ini mempunyai corak orientasi matlamat tugasan yang tinggi dan akan lebih bermotivasi melibatkan diri dalam sukan hoki sekiranya latihan dijalankan dengan bersungguh- sungguh serta memahami segala undang-undang permainan.









KAJIAN KETIGA
TAJUK: The Effect of Parental Feedback On Young Athletes’ Perceived Motivational Climate, Goal Involvement, Emotions and Performance.

PENGKAJI : Gershgoren, L. (2009).Department of Educational Psychology and Learning Systems. The Florida State University.

OBJEKTIF KAJIAN:
- Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji serta menilai kesan maklumbalas ibubapa terhadap kemuncak penerapan motivasi, matlamat pencapaian orientasi dan matlamat penglibatan ke atas anak-anak mereka dalam bolasepak.(Atlet muda).
- Objektif utama juga akan menyentuh soal faktor prestasi, kesan pelaksanaan, kebimbangan dan keseronokan.

METODOLOGI:
- Responden sampel adalah lelaki seramai (n=81) orang, antara peringkat umur 10 hingga 13 tahun. Mereka adalah pemain bolasepak.

- Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian TEOSQ ini ialah ‘Ego Orientation Parental Feedback group’ dan ‘Task Orientation Parental Feedback Group’.

- Setiap responden perlu menjawab 2 bahagian maklumbalas terhadap soal selidik kajian ini. Satu(1) bahagian berkenaan dengan ‘Ego-oriented feedback’ dan satu(1) bahagian berkenaan dengan ‘task-oriented feedback’.
- Ujian yang dilakukan adalah setiap pemain perlu membuat sepakan penalti sebanyak 6 kali setiap seorang.

DAPATAN KAJIAN:
- Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa pemain-pemain muda bolasepak ini menerima ‘ego-oriented feedback’ yang kuat dan tinggi daripada pihak daripada ibubapa. Ia jelas menunjukkan peningkatan yang signifikan melalui motivasi prestasi dari bahagian ibubapa..Sementara itu dari sudut umum diperolehi dari peningkatan dan pemerhatian jurulatih, rakan sepasukan dan pengurusan pasukan yang menyebabkan peratusan tinggi.

KRITIKAN:
- Secara keseluruhannya, pemain-pemain muda bolasepak ini memperolehi peningkatan signifikan melalui keyakinan terhadap motivasi pencapaian daripada ibubapa mereka sendiri sebagai pendorong semangat, kekuatan ada kejayaan anak-anak mereka. Peningkatan yang tinggi menerusi ‘ego-oriented feedback dari ibubapa dan jurulatih akan menghasilkan keputusan permainan yang terbaik.

- Dari segi ‘task-oriented feedback pula, juga memberikan signifikan terhadap persepsi utama motivasi pencapaian ke atas kedua-dua ‘task involvement’ mereka.

- Faktor kebimbangan, kesan pelaksanaan, prestasi dan keseronokan tidak mempengaruhi pemain-pemain muda ini.
KAJIAN KE-4
TAJUK: An Analysis of Goal Achievement Orientation and Sport Morality Levels of Division 1 –A Non Revenue Collegiate Athletes.

PENGKAJI : Lata, J. (2006). Departmentbof Sport Management, Recreation Management and Physical Education. The Florida State University.

OBJEKTIF KAJIAN:
- Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dan melihat matlamat pencapaian orientasi ‘goal orientation’ bagi menghasilkan kumpulan pelajar atau atlet dan menilai korelasi potensi terhadap sikap mereka dalam sukan.

- Juga ingin melihat sama ada mempunyai perbezaan yang signifikan atau tidak terhadap semangat kesukanan di kalangan pelajar/atlet bagi pelbagai jenis sukan.

METODOLOGI:
- Sampel responden seramai 232 orang iaitu sampel (lelaki 114) dan (perempuan 118) dari Southeastern University. Ujian selidik dari bolasepak, golf dan bola lisut.

- Kajian menggunakan borang soal selidik ‘Task and Ego Orientation Sport Questionnaire (TEOSQ) dan Hahm-Beller Values Choices Inventory (HBVCI).

- Pengkaji ingin melihat sama ada soal selidik ini dapat menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh atlet.

DAPATAN KAJIAN:
- Semua data soal selidik akan di analisis menggunakan ‘parametric statistic’ iaitu terutamanya menggunakan MANOVA dan Korelasi Pearson.

- Dapatan keputusan menunjukkan bolasepak mengalami kekurangan dari segi ‘ego orientation’ berbanding sukan golf dan bola lisut.

- Kajian juga mendapati korelasi yang negatif antara ‘ego orientation’ dan sikap dalam sukan. Keputusan juga menunjukkan sukan individu menyaksikan faktor sikap psikologi dalaman yang tinggi berbanding sukan berpasukan.

KRITIKAN:
- Pada pandangan saya, tidak semua jenis sukan yang disenaraikan sebagai soal selidik memberikan keputusan yang signifikan terhadap matlamat pencapaian kepada atlet. Jenis sukan individu lebih mudah menerima perubahan berbanding berpasukan.















KAJIAN KE-5
TAJUK: Goal Orientation and Participation Motives in Physical Education and Sports. Their Relationships in English School children.

PENGKAJI : Zahariadis, P.N., & Biddle.S.(2000). Athletic Insight. The online journal of sport psychology. Volume 2, Issue 1.

OBJEKTIF KAJIAN:
- Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji hubungan-kait antara motivasi penyertaan (involvement) dan matlamat pencapaian beroreintasikan dari sudut pandangan pendidikan jasmani.

- Kajian ini juga akan memfokuskan kepada motif penyertaan pelajar, ‘Task and Ego’ matlamat pencapaian dan motivasi penyertaan serta matlamat orientasi.

METODOLOGI:
- Sampel responden kajian ini seramai 412 orang. Lelaki =192 dan perempuan = 220. Peringkat umur sampel 11 hingga 16 tahun. (mean 13.88, SD = 1.45) untuk 4 buah sekolah menengah di South West England.

- Instrument pengukuran yang digunakan:
  • Motivasi Pencapaian –(PMQ)
  • Matlamat Orientasi (TEOSQ)


DAPATAN KAJIAN:
- Dapatan kajian menunjukkan motivasi pencapaian(PMQ) dan matlamat orientasi(TEOSQ) meningkat melalui penyertaan dari orientasi tugasan.

- Keputusan 1- menunjukkan motif orientasi tugas meningkat positif melalui perkembangan kemahiran dan persekitaran pasukan manakala negatif di lihat dari sudut status dan motif mengenali.

- Keputusan 2- menunjukkan ego orientasi adalah positif dari segi pencapaian motivasi.

KRITIKAN:
- Di cadangkan kepada guru, jurulatih dan sesiapa yang terlibat dalam meningkatkan serta mengembangkan kepentingan pendidikan jasmani dan aktiviti sukan kepada pelajar perlu diterapkan semangat jati diri didalam diri pelajar terlebih dahulu. Penglibatan secara serius dalam sukan akan dapat meningkatkan pencapaian diri, personaliti dan pengetahuan pelajar.

No comments:

Post a Comment