PENGENALAN
Ramai orang berangan-angin ingin menjadi pemimpin. Mereka membayangkan apabila mereka menjadi pemimpin mereka dapat memimpin ramai orang-orang lain. Mereka juga membayangkan mereka akan menjadi orang yang dihormati, disanjung dan dikagumi oleh ramai orang. Tidak kurang juga yang membayangkan dengan menjadi pemimpin mereka berpeluang menikmati kehidupan yang mewah daripada segi kebendaan. Walaupun ramai orang yang ingin menjadi pemimpin, tetapi jumlah mereka yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan adalah sangat kecil. Kenyataan ini mendorong kita tertanya-tanya apakah faktor-faktor yang menyebabkan hanya segelintir orang sahaja yang berjaya menjadi pemimpin yang berkesan manakala kebanyakan orang gagal menjadi pemimpin yang berkesan.
Lazimnya orang mengatakan para pemimpin adalah mereka yang bergiat di dalam aktiviti politik. Memang ramai ahli politik yang mempunyai ciri-ciri pemimpin tetapi ramai juga orang-orang yang tidak bergiat di dalam bidang politik yang juga mempunyai bakat pemimpin sebagai contoh ramai tokoh usahawan dan tokoh-tokoh korporat yang mempunyai bakat-bakat kepimpinan yang amat tinggi. Malah bakat kepimpinan juga boleh didapati di kalangan ahli-ahli sukan.
Lazimnya orang mengatakan para pemimpin adalah mereka yang bergiat di dalam aktiviti politik. Memang ramai ahli politik yang mempunyai ciri-ciri pemimpin tetapi ramai juga orang-orang yang tidak bergiat di dalam bidang politik yang juga mempunyai bakat pemimpin sebagai contoh ramai tokoh usahawan dan tokoh-tokoh korporat yang mempunyai bakat-bakat kepimpinan yang amat tinggi. Malah bakat kepimpinan juga boleh didapati di kalangan ahli-ahli sukan.
Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan Kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di dalaxn tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja b awahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan.
Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang cekap dan berkesan boleh menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi (Gribben, 1972).
Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik memerlukan masa yang panjang. Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui proses pembentukan daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman persekolahan (Azizah,1991).
Satu daripada aspek pembangunan yang ditekankan menerusi kokurikulum ialah kemahiran kepimpinan seperti yang dinyatakan oleh Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002) yang menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Kepimpinan dapat dilatih melalui aktiviti pakaian seragam, persatuan, kelab dan sukan. Hujah berkaitan kemahiran memimpin daripada kegiatan kokurikulum dipersetujui oleh Mohd. Hamidi Abdul Hamid (2002;55). yang menyatakan,
"Ilmu memimpin dan mengurus bukannya seperti orientasi ilmu akademik yang kebanyakannya berkisar dalam kelas dan kertas-kertas ujian, tetapi melalui satu pendidikan yang mesti didalami dan dirasai sendiri oleh pelajar tersebut, sebab memimpin dan mengurus ianya berhadapan dengan manusia. Lantaran itu, apabila pelajar diberikan mengurus persatuan-persatuan, kelab atau sebagainya, maka secara serentak mereka akan memimpin dan mengurus ahli-ahlinya (manusia), memerlukan kebijaksanaan, komunikasi, phisykologi dan strategi yang tertentu."
Lanjutan daripada idea yang menyatakan pelajar boleh mendapat kemahiran memimpin daripada kegiatan kokurikulum, Omardin Ashaari (1999) menghuraikan bahawa beberapa aspek kepimpinan sepatutnya wujud di kalangan mereka yang memegang persatuan. Antaranya ialah mesti mempunyai kemahiran tertentu seperti kemahiran menghurai, mengamalkan dan mengawal tingkah laku, kemahiran memahami masalah dan membantu mencari penyelesaian, kemahiran mendengar, memberi perhatian, memberi penjelasan, refleksi, konfrontasi, mentafsir, memberi maklumat, membuat rumusan dan hubungan manusia. Mengulas perkara yang sama Shamsaadal Sholeh Saad (2004) dan Mohamad Ismail Mohamad Yunus (2004) menyatakan melalui kokurikulum, remaja diajar menjadi pemimpin, mematuhi peraturan dan etika, berkomunikasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, bekerja dalam kumpulan di samping menyemai nilai-nilai yang positif seperti berdisiplin.
Secara umumnya, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang menganggap ‘pemimpin’ itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat,menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu pengarah, pendorong dan pembantu.
Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, Sebagai peribadi seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu. Robert Dubin (1958) menjelaskan iaitu; Leadership in organizations involves the exercise of autority and the making od decisions.
Berdasarkan definisi tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang pemimpin untuk menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu.Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya.
Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan.
Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin di peringkat Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi, masalah politik semasa dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkap dalam bidang-bidang tersebut, seseorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin ke atas keupayaan kepimpinannya.
Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boich mengarab aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu dilakukan, pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.
Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik
Setiap orang terutamanya para guru dan jurulatih yang berhasrat menjadi pemimpin yang baik dan menjadikan sesuatu organisasi yang dipimpinnya berjaya, tetapi tidak semua hasrat ini tercapai bagi setiap insan dimuka bumi ini. disini ada beberapa panduan menjadi seorang pemimpin yang baik.
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.
Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua / guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.
Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi seseorang bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:
1. Mentaliti
Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2. Kemasyarakatan
Kesediaan memberi dan menerima pendapat. Sikap positif dan terbuka. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3. Moraliti
Mempunyai disiplin diri yang unggul. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.
Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:
Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman. Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya. Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya. Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada. Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja. Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia. Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka. Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa "bersembunyi" dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan. Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .
Tajuk: Penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di Politeknik
Tujuan kajian dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 409 orang pelajar politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik tersebut mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A mengandungi maklumat responden dan Bahagian B mengandungi item untuk mengukur kemahiran kepimpinan pelajar menerusi kokurikulum. Skala Likert (1 hingga 5) digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setiap item yang dikemukakan. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan min dan sisihan piawai manakala statistik inferens digunakan untuk menganalisis perbezaan antara pemboleh ubah bagi memenuhi objektif yang ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan para responden memberi maklum balas positif terhadap penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik. Didapati juga tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan responden peringkat sijil dan diploma terhadap penerapan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum di politeknik. Daripada segi, jenis kokurikulum pula didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara responden yang mengikuti kokurikulum Polibriged, persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan unit beruniform. Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar politeknik boleh membina kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum.
Definisi
Tajuk: Tahap penglibatan pelajar di sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan.
Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di enam buah sekolah menengah daerah Batu Pahat. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang merangkumi tiga bidang iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform dengan pembentukan lima dimensi daya kepimpinan iaitu yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik berstruktur dan sampel kajian terdiri daripada 300 pelajar tingkatan empat. Analisis Pekali Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menguji hipotesis. Keputusan analisis korelasi menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan daya kepimpinan.
Perbincangan
Objektif kajian yang diutarakan oleh pengkaji tidak terlalu kompleks. Keputusan bagi kajian sudah dijangka. Ini kerana pembentukkan dimensi daya kepimpinan seseorang pelajar bermula apabila pihak sekolah umumnya dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia amnya telah mewajidkan semua pelajar menyertai kegiatan kokurikulum bagi menerapkan jati diri, ketrampilan diri, tanggungjawab, disiplin dan daya kepimpinan.
Kaji selidik yang digunakan pula adalah kaji selidik yang direka sendiri tanpa merujuk kaji selidik yang pernah dijalankan seperti Self-Assesment Organizational Productivity Questionnaire (SAOPQ).
Tajuk: Perbezaan stail kepimpinan pengetua sekolah swasta dan sekolah kerajaan di Melaka.
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat perbezaan stail kepimpinan pengetua di sekolah swasta dan sekolah kerajaan berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan pengalaman mengajar. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 77 orang guru terlatih dari sekolah menengah berasrama penuh swasta dan sekolah berasrama penuh kerajaan di Melaka. Kedua-dua sekolah kajian merupakan sekolah cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan awam. Teori Laluan-Matlamat House dan Mitchell
(1974) telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian ialah soal selidik LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) Analisis statistik deskriptif, ujian – t serta ujian ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa stail kepemimpinan yang paling dominan yang diamalkan oleh sekolah kerajaan dan sekolah swasta ialah stail kepemimpinan berorientasi kejayaan.Pada keseluruhannya terdapat perbezaan stail kepemimpinan pengetua sekolah kerajaan dan pengetua sekolah swasta dari segi tahap amalan sesuatu stail kepemimpinan di sekolah masing-masing.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap motivasi guru di sekolah-sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik The Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ) dan A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT). Kajian ini melibatkan 203 orang responden daripada tujuh buah sekolah menengah di Kajang, Selangor. Penganalisisan
dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ANOVA dan analisis korelasi Pearson dengan penetapan aras ± = .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita di sekolah-sekolah menengah di Kajang secara keseluruhannya berada di tahap agak memuaskan. Walaupun gaya kepimpinan pengetua wanita berdasarkan dimensi struktur tugas lebih dominan berbanding dimensi timbang rasa, namun kedua-duanya berada di tahap agak memuaskan sahaja. Daripada aspek tahap motivasi pula, didapati tahap motivasi guru-guru terhadap tugas adalah ditahap agak memuaskan. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita berdasarkan faktor-faktor demografi guru. Begitu juga dengan persepsi guru terhadap tahap motivasi guru, tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor-faktor demografi guru, kecuali faktor umur. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi guru dengan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita. Ini mengesahkan bahawa semakin tinggi persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita, maka semakin meningkat tahap motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan dan andaian umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua wanita memang mempengaruhi tahap motivasi kerja guru.
Perbincangan
Salah satu perbezaan peranan antara wanita dan lelaki adalah dalam masalah kepimpinan yang berhubung dengan pemerintahan. Untuk peranan ini, hanya lelaki yang diberi tanggungjawab oleh Allah Subhanahu wa Taala, sedangkan wanita tidak dibebani tanggungjawab ini. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam.
Namun, dalam bidang perguruan dan pengurusan yang kecil ini kaum wanita dapat memberi komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawabnya dan mempunyai sifat lemah lembut dimana dapat mempengaruhi orang bawahan mereka secara tidak langsung.
Tajuk: Gaya Kepimpinan jurulatih di peringkat sekolah menengah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan antara jenis sukan dan jantina terhadap gaya kepimpinan jurulatih sukan yang diminati oleh atlit di sekolah menengah daerah Segamat. Responden kajian ini terdiri daripada 162 atlit sekolah yang berumur antara 13 hingga 16 tahun yang mewakili sekurang-kurangnya sekolah dalam pertandingan acara sukan 2006. Soal selidik "Leadership Scale for Sport" (LSS) oleh Chelladurai dan Saleh (1980) telah digunakan untuk mengukur perbandingan gaya kepimpinan jurulatih antara jantina dan jenis sukan iaitu sukan yang berbentuk individu dan sukan berpasukan di kalangan atlit sekolah. Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara jantina dalam gaya dimensi demokratik, autokratik dan ganjaran. Manakala jenis sukan iaitu sukan individu dan berpasukan tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dalam setiap dimensi kepimpinan. Analisis One Way ANOVA terhadap peringkat pencapaian atlet juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dalam gaya latihan dan arahan, autokratik dan ganjaran.
Tajuk: Perceived leadership behavior of physical educational teacher-coaches: When they teach vs. when they coach.
Objektif kajian ini melihat perbezaan tingkahlaku kepimpinan guru-jurulatih semasa mengajar kelas Pendidikan Fizikal dan melatih atlit. Pengkaji ingin melihat perbezaan tingkahlaku kepimpinan guru semasa mengajar kelas Pendidikan Fizikal dan mengadakan latihan bagi atlit sekolah tersebut. Seramai 159 sampel terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan pra-universiti tahun kedua di Singapura. Seramai 80 pelajar yang belajar dalam kelas Pendidikan Fizikal dan 79 orang pelajar yang menjadi atlit telah terlibat dalam kajian ini. Atlit yang terlibat ini terlibat dalam pelbagai jenis sukan antaranya bola sepak, kenu dan menembak. Kesemua sampel ini akan diajar oleh guru yang akan bertindak sebagai guru Pendidikan Fizikal dan jurulatih sukan mereka. Instrument yang digunakan bagi kajian ini ialah Leadership Scale for Sport oleh Chelladurai dan Saleh (1980) yang menilai lima tingkah laku kepimpinan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan Multivariate Analysis of Covariance (MANCOVA). Dapatan kajian mendapati pelajar Pendidikan Fizikal dan atlit membuat keputusan yang berbaza. Pelajar kelas Pendidikan Fizikal dan atlit melihat guru member lebih banyak latihan dan arahan semasa latihan atlit berbanding kelas Pendidikan Fizikal. Semasa latihan atlit merasakan guru lebih memberi maklum balas yang positif berbanding kelas Pendidikan Fizikal. Dari sudut gaya membuat keputusan, pelajar kelas Pendidikan Fizikal melihat guru lebih demokratik berbanding atlit. Tiada perbezaan yang direkodkan dari sudut sokongan sosial bagi pelajar kelas Pendidikan Fizikal dan atlit.
Perbincangan
Gaya kepimpinan bergantung kepada kumpulan atau golongan yang dipimpin. Gaya kepimpinan tidak boleh dihadkan dimensinya bagi menjamin dalam mencapai objektif sesuatu matlamat. Gaya kepimpinan seperti demokratik, autokratik dan ganjaran perlu digunakan mengikut kesuaian masa dan keadaan. Ini kerana apabila seseorang jurulatih yang melatih atlitnya, ketiga-tiga gaya kepimpinan harus digunakan. Sebagai contoh apabila kita ingin atlit kita mematuhi masa latihan atau melakukan sesuatu kemahiran dengan lebih fokus dan baik kita perlu menggunakan gaya autokratik. Gaya ganjaran pula dapat meningkatkan motivasi ekstrinsik dan instrinsik atlit untuk lebih cemerlang.
Gaya kepimpinan seseorang juga akan berubah apabila guru tersebut melatih pelajar-pelajarnya sebagai seorang atlit. Semasa kelas Pendidikan Fizikal seseorang guru akan lebih menggunakan gaya demokratik kerana kelas Pendidikan Fizikal hanya bermatlamat untuk mengalakkan pelajar-pelajar bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Tetapi apabila guru tersebut melaksanakan tugas sebagai jurulatih, mereka akan lebih menggunakan autokratik bagi meningkatkan disiplin, kosentrasi atlit dan meningkatkan prestasi atlit.
Tajuk: Relationship between leadership style and productivity in Public Sport Organization.
Kajian ini bertujuan menentukan perhubungan gaya kepimpinan ( people-people oriented vs. task-oriented) dan laporan produktiviti di kalangan pengurus organisasi sukan awan Iran. Ia juga untuk mengenal pasti hubungan antara dua dimensi daya kepimpinan. Data untuk kajian ini diperolehi melalui kaji selidik yang diposkan ke 28 organisasi sukan awam di Iran. Seramai 120 orang ketua organisasi telah terlibat dalam kaji selidik ini. Sampel-sampel merupakan individu yang terlibat dalam bidang pengurusan sukan awam yang 11 tahun lebih pengalaman bekerja. Tiga instrument yang digunakan untuk kajian ini bagi mendapatkan data. Instrument yang digunakan ialah Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) oleh Metzcus dan Burden’s (1969) dan Self-Assesment Organizational Productivity Questionnaire( SAOPQ) oleh Asadi (2001) dan Individual Characteristic Questionnaire (ICQ). Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Korelasi Pearson’s untuk melihat perbezaan min dan standard devitions. Dapatan kajian ini mendapati tiada perkaitan di antara gaya kepimpinan dengan laporan produktiviti sampel. Perkaitan antara dua dimensi gaya kepimpinan juga menunjukkan perhubungan yang negatif. Dapatan menunjukkan tugas lebih efektif bagi seseorang ketua perlu menggunakan kedua-dua gaya kepimpinan.
Tajuk: Tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tekanan kerja dan keberkesanan organisasi, di beberapa buah sekolah terpilih di Negeri Sembilan.Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tingkah lain kepimpinan pengetua, tekanan yang di alami oleh guru dan keberkesanan organisasi di beberapa buah sekolah luar bandar di kawasan pentadbiran PPD Seremban-. Port Dickson dan kawasan pentadbiran PPD Rembau-Tampin. Seramai 116 guru sekolah terlibat dalam sampel kajian ini. Pengkaji menggunakan Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) untuk mengukur tingkah laku kepimpinan pengetua, Index of Perceived Organizational Effectiveness (IPOE) untuk mengukur keberkesanan organisasi dan soalan yang diubah suai untuk mengukur tekanan kerja guru. Pengumpulan data menggunakan soal selidik berstruktur yang dikendalikan oleh penyelidik dibantu bersama oleh pengetua sekolah atau guru penolong kanan. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) for MS Windows Release 6.0. Taburan kekerapan dan peratusan demografi responden dianalisis secara deskriptif, sementara hubungan antara pembolehubah bebas iaitu tingkah laku kepimpinan pengetua, dengan pembolehubah bergantung iaitu tekanan kerja guru dan keberkesanan organisasi sekolah di analisis menggunakan Pearson Product-Moment Correlation Coefficient. Keputusan kajian mendapati tingkah laku kepimpinan pengetua dari kedua-dua dimensi iaitu struktur tugas dan struktur konsiderasi adalah rendah, sementara tahap tekanan kerja guru di sekolah-sekolah terlibat juga rendah. dan tahap keberkesanan organisasi adalah sederhana. Keputusan
kajian juga mendapati terdapat hubungan yang rendah negatif di antara tingkah laku kepimpinan pengetua dengan tekanan kerja guru, tidak wujud hubungan yang signifikan di antara tekanan kerja guru dengan keberkesanan organisasi sekolah dan wujud hubungan yang rendah positif di antara tingkah laku kepimpinan dengan keberkesanan organisasi sekolah.
Perbincangan
Tekanan kerja yang dialami oleh guru pada masa kini lebih disebabkan oleh beban kerja meningkat seperti kerja perkeranian. Guru bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada P&P malah perlu juga melakukan kerja-kerja samping yang lain seperti mengambil kedatangan pelajar, menguruskan yuran pelajar, mengisi borang biodata pelajar dan banyak lagi. Menurut laporan akhbar Berita Harian 2 April 2010 disebabkan oleh akibat wujudnya ‘arahan dalam arahan’ yang mana mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza. Menurut Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata senario itu berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, namun pada masa sama mereka dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat jabatan pelajaran negeri (JPN) atau pejabat pelajaran daerah (PPD), walaupun semua mengandungi pengisian hampir sama. Hal ini akan mengurangkan motivasi guru untuk bekerja dan secara tidak langsung mempengaruhi kualiti kerja mereka.Tekanan kerja tidak dipengaruhi dengan gaya kepimpinan pengetua seratus peratus.
Tajuk: Coaching leardership styles and athlete satisfactions among Malaysian University Basketball team.
Matlamat kajian ini untuk mengenal pasti gaya kepimpinan jurulatih, kepuasan pemain dan hubungan di antara gaya kepimpinan jurulatih serta kepuasan pemain. Sampel-sampel untuk kajian ini berjumlah 101 orang pemain bola keranjang yang bermain dalam Kejohanan Intervarsiti Malaysia. Kajian ini dijalankan semasa kejohanan tersebut berlangsung. Dua instrument kajian telah digunakan untuk mendapat maklumbalas dan menilai gaya kepimpinan jurulatih yang disukai dan memuaskan hati pemain pasukan bola keranjang ini. Instrument yang digunakan ialah Leadership Scale for Sport (LSS) oleh Zhang, Jensen dan Mann (1997) dan Athlet Satisfaction Questionnaire (ASQ) oleh Chelladurai dan Riemer (1997). Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Korelasi Pearson’s untuk melihat perbezaan dari segi min, frekuensi, peratus dan standard deviations bagi setiap item mengikut jantina, dan tahap penglibatan dalam sukan tersebut. Dapatan kajian mendapati
Perbincangan
Atlet sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar Universiti mempunyai kerektor yang berbeza oleh faktor umur. Menerusi kajian ini, didapati bahawa pemain bola keranjang di Universiti ini mempunyai sikap yang mementingkan latihan dan arahan yang tetap dalam sesi latihan untuk meningkatkan prestasi mereka. Kajian adalah lebih menarik dan berkesan jika dibandingkan dengan soalan yang lain yang tidak mempunyai instrumen yang boleh dipercayai, dalam kajian ini penyelidik menggunakan 2 instrumen kajian iaitu
Perbincangan
Umum mengetahui stail kepimpinan bagi sekolah swasta dan kerajaan memang mempunyai kelainan. Ini kerana sekolah swasta merupakan sekolah yang berbayar dan menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan-golongan yang berpendapatan tinggi manakala sekolah kerajaan merupakan institusi yang menerima semua jenis golongan lapisan masyarakat tanpa mengambil kira latar belakang keluarga mereka. Jesteru stail kepimpinan pengetua kedua-dua sekolah ini amat berbeza mengikut warga sekolah tersebut. Pengkaji juga hanya menjalankan kajian di sekolah yang berasrama penuh sahaja tanpa melibatkan sekolah harian biasa. Responden bagi kajian ini merupakan guru pelatih yang belum merasai alam pekerjaan menjadi pendidik dan kurang berpengalaman. Oleh yang demikian dapatan kajian ini tidak dianggap tepat.
Motivasi Guru Sekolah Menengah
bahawa pemain lebih menyukai sikap jurulatih yang mementingkan latihan dan arahan dalam sesi latihan. Ia juga menunjukkan integrasi pasukan adalah faktor yang mempengaruhi kepuasan atlet dalam pasukan universiti basketball. Hal ini menunjukkan bahawa atlet dalam pasukan bola keranjang puas hati dengan ahli pasukan mereka.Leadership Scale for Sport (LSS) oleh Zhang, Jensen dan Mann (1997) dan Athlet Satisfaction Questionnaire (ASQ) oleh Chelladurai dan Riemer (1997).Tajuk: Preferred coach leadership behaviour in elite soccer in relation to success and failure.
Kajian ini dijalankan untuk menilai tingkah laku kepimpinan jurulatih berkaitan kejayaan dan kegagalan pasukan untuk tempoh masa yang panjang. Persampelan untuk kajian ini ialah pemain-pemain bola sepak elit yang bermain dalam liga kebangsaan Norway. Jumlah sampel ialah seramai 88 orang pemain daripada empat pasukan yang berbeza terdiri daripada 10 orang penjaga gol, 28 pemain pertahanan, 33 pemain midfield dan 17 pemain penyerang. Instrument yang digunakan unutk mendapat data bagi kajian ini ialah Leadership Scale for Sport yang telah diubahsuai dari Chelladurai mengikut versi Norway. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Korelasi Pearson’s untuk mendapatkan min dan standard devitions serta pair sample t-tests. Dapatan kajian mendapati tingkahlaku kepimpinan jurulatih memberi implikasi terhadap kejayaan dan kegagalan pemain mengikut tahap umur untuk jangka masa panjang.
Tajuk:Perceived coaching leadership of youth in Singapore.
Kajian ini menilai pandangan atlit remaja terhadap jurulatih mereka dari sudut tingkah laku jurulatih tersebut. Perbandingan juga meliputi karektor individu jurulatih, karektor semasa situasi dan interaksi. Instrument yang digunakan dalam kajian ini ialah Leadership Scales for Sports oleh Chelladurai dan Saleh (1980). Seramai 544 atlit remaja yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 359 lelaki dan 185 wanita. Sampel-sampel ini terbahagi kepada dua jenis sukan yang diceburi iaitu sukan yang saling bergantungan iaitu sukan bola sepak, bola keranjang, hoki, netball, ragbi, softball dan bola tampar. Manakala satu lagi kumpulan ialah mereka yang terlibat dalam sukan yang bebas tanpa bergantungan iaitu sukan badminton, merentas desa, pedang, olahraga dan ping pong. Data dianalisis menggunakan Multivariate Analysis of Covariance (MANCOVA). Dapatan kajian mendapati Untuk pergantungan tugas, para atlet sukan saling merasakan jurulatih mereka untuk lebih menyokong dari segi sosial daripada rakan mereka yang menyokong. Dapatan mengikut jantina bagi sukan bergantungan tugas pula menunjukkan atlit wanita yang melibatkan diri dalam sukan saling pergantungan tugas mencatatkan nilai min yang tinggi signifikan berbanding atlit lelaki dari segi skor latihan dan arahan. Skor min yang tinggi signifikan dicatatkan bagi atlit lelaki dan wanita yang terlibat dalam sukan saling bergantungan bagi skor sokongan sosial berbanding atlit lelaki dan wanita yang terlibat dalam sukan bebas. Skor min signifikan yang tinggi turut dicatatkan bagi atlit wanita yang terlibat dalam sukan yang saling bergantungan dari segi maklumbalas positif berbanding atlit lelaki yang terlibat dalam sukan yang sama. Memahami persepsi para atlet dalam perilaku kepemimpinan akan membantu jurulatih dan pentadbir atlet sukan meningkatkan kepuasan dan prestasi atlit.
Perbincangan
Gaya dan sikap jurulatih akan mempengaruhi pencapaian atlitnya. Kegagalan dan kejayaan seseorang atlit atau pasukan dipengaruhi oleh jurulatih yang memimpinnya. Jurulatih yang bijak akan mempelbagaikan gaya atau tingkahlaku semasa menjalankan tugasnya di padang atau gelanggang. Jika jurulatih hanya mengamalkan satu gaya kepimpinan sahaja dalam latihannya, kemungkinan besar akan menjadikan atlit atau pasukan kurang bermotivasi, tertekan dan jemu. Menurut Shaharudin (2004) atlit muda lebih mengemari gaya kepimpinan jurulatih jenis arahan, latihan dan sosial.
Gaya dan sikap jurulatih juga dipengaruhi oleh atlit yang dilatih. Sebgai contoh atlit lelaki lebih menyukai gaya autokratik semasa latihan berbeza dengan pelajar wanita yang lebih cenderung pada gaya demokratik. Menurut analisa yang dijalankan oleh Chelladurai (1980) menunjukkan atlit lelaki lebih cenderung pada rejim autokratik berbanding atlit wanita.
Walaubagaimanapun sebagai jurulatih komunikasi dan hubungan sosial amat perlu diamalkan. Ini kerana atlit akan lebih merasa selesa apabila berada bersama jurulatihnya semasa latihan.
Rujukan
Azizah Nordin (1991). "Kokurikulum dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Diri Individu Secara Menyeluruh." Jurnal Pendidikan Guru. 7: 33-42.
Gribben, J. J. (1972). "Effective Managerial Leadership." New York: American Management Association.
Mohd. Hamidi Abdul Hamid (2002). "Pengurusan Sekolah Cemerlang Menurut Islam."Maran: Perniagaan Qomarul Roihan. 51-63
Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002). "Kepentingan Kokurikulum Dalam Sistem Pendidikan." Dalam Mohd. Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof dan Borhan Yusof (2002). "Kokurikulum Peranan Dan Implikasi." Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari (1996). "Pengurusan Sekolah". Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distibutors Sdn. Bhd.. 124-149.
Shamsaadal Sholeh Saad (2004). "Konflik Remaja Masa Kini dan Cabaran Menanganinya." Kertas kerja Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004, 29-30 Mei 2004, di Universiti Malaya. Tidak diterbitkan....
No comments:
Post a Comment