Subscribe:

Pages

Monday 8 July 2013

ACARA OLAHRAGA

OLAHRAGA merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada
perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada
acara balapan dan acara padang.
Acara balapan terdiri daripada acara pecut (100 m, 200 m dan 400 m) acara jarak sederhana
(800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan
10 000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan
perempuan (400 m), dan lari berganti-ganti (4 3 100 m, 4 3 200 m, dan 4 3 400 m).
Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah
dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera
dan membaling tukul besi).
Acara-acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan
sebagainya), acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), heptatlon
(7 acara untuk wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).
Kejohanan olahraga sekolah merubahkan satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar
sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha
membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar
institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk
semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum.