Subscribe:

Pages

Wednesday 14 December 2011

PERSONALITI

Pengenalan
Definisi personaliti seperti mana yang diberikan oleh Nada Abi Samra. (2000), iaitu personaliti membolehkan seseorang itu lebih efektif untuk bersosial kerana individu tersebut dilihat sebagai orang yang mempunyai personaliti yang menarik, teruk atau langsung tiada personaliti. Apabila personaliti dikaitkan dengan perkataan asalnya iaitu persona yang bermaksud topeng, personaliti lebih mencerminkan aspek diri sendiri yang dipilih untuk dipamerkan kepada dunia. Definisi ini juga membawa maksud bahawa beberapa aspek penting bagi seseorang manusia itu cuba disembunyikan atas sebab-sebab yang tertentu.
Personaliti seseorang dilihat sebagai sesuatu yang unik dan membezakannya dengan seseorang individu yang lain. Aspek tersebut dipanggil perbezaan individu. Kajian tentang personaliti ini telah menghasilkan pelbagai teori personaliti yang dapat membantu kita memerhati dan menerangkan pelbagai aspek tentang personaliti. Teori-teori personaliti tersebut adalah dapatan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap pelbagai personaliti manusia. Memandangkan manusia adalah makhluk yang sangat kompleks, maka kewujudan berbagai jenis teori personaliti akan dapat membantu kita memahami personaliti manusia yang berbeza-beza..
Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Ortony, Norman & Revelle (2005). Menurut beliau personaliti ialah apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Fleeson (2007). Menurut mereka, personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya. Selain dua definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang personaliti misalnya Feist (1985), telah mengumpulkan lebih kurang 50 definisi yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa perkara.
Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti. Kedua, setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul. Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku. Beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu. Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan.
Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka. Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti, Feist (1985), telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian iaitu kesan luaran, struktur dalaman dan pandangan positif. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan topeng, ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu seseorang kepada orang lain. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng semata-mata tetapi merangkumi strukutur psikologi atau fizikal. Pendekatan ini melihat personaliti sebagai sistem, tret atau ciri. Pendekatan ini dikritik kerana ciri dalaman tidak boleh diperhatikan dan oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik.
Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar seperti skor yang diperolehi dalam ujian personaliti. Personaliti sebagai satu konstrak dan sistem yang kompleks. Setiap satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkah laku dan setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk.
Terdapat beberapa jenis teori personaliti yang membincangkan tentang persamaan sifat semula jadi manusia dan perbezaan individu dari pelbagai perspektif. Teori personaliti tersebut antaranya akan seperti berikut:
Teori Personaliti Sigmund Freud
Teori Personaliti Karen Horney
Teori Personaliti Gordon Allport
Teori Personaliti Hans J. Eysenck
Personaliti juga dilihat sebagai satu organisasi yang agak stabil dan berkekalan ciri-ciri emosi, fizikal, intelek seorang individu yang menentukan penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini menitik beratkan tret iaitu ciri-ciri yang stabil dan berkekalan dan bila tret ini dikumpulkan ia akan menjadi type dalam erti kata lain, koleksi tret personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbang kepada type personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui interaksi tret ini di mana tingkah laku akan dibentuk. Eysenck telah mengutarakan tiga jenis personaliti iaitu Ekstroversi (E) , Neurotisme ( N) dan Psikotisme (P) (Potkay & Allen, 1986) Ekstroversi adalah profail personaliti yang bersifat bipolar. Dua dimensi didapati dalam skala Ekstroversi. Individu dengan skor tinggi dalam skala Ekstroversi adalah individu Ekstroversi (Eks) dan individu dengan skor rendah adalah individu Introversi (Int).
Neurotisme juga adalah profail yang bersifat bipolar. Dua dimesi didapati dalam skala Neurotisme. Individu dengan skor tinggi pada skala Neurotisme adalah mempunyai dimensi Neurotik atau Tidak Stabil ataupun Ketidakstabilan (TS) sementara individu yang dengan skor rendah adalah mempunyai personaliti Stabil atau Kestabilan (S). (Feist, 1985).
Childhood Narcissism Scale
  
Set Ujian Malek Mukamat Said (alat ukur stres dari aspek personaliti.)
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor, tahap dan stres dari aspek jenis personaliti yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk:
Mengenalpasti tahap stres (lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar) di kalangan guru sekolah rendah.
Mengenalpasti jenis personaliti guru sama ada jenis A - agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, berdaya saing atau jenis B - penyabar, sederhana, kurang daya saing.
Mengenalpasti perkaitan antara tahap stres guru dengan personaliti guru.
Berdasarkan instrumen yang dijalankan , analisis yang diperolehi adalah menepati objektif yang ditetapkan oleh pengkaji. Bilangan item juga tidak begitu banyak iaitu 20 item sahaja tetapi ia telah menjawab semua objektif yang digariskan.
Manakala kaedah kajian ataupun method merujuk kepada cara yang paling berkesan untuk
mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang sangat minimum, bagi mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia juga merupakan komponen yang penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif, jelas, tepat dan boleh dipercayai. Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel dan populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah analisis yang diguna pakai.
Rekabentuk adalah kajian adalah jenis diskriptif iaitu kaedah tinjauan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi. Saiz sampel kajian seramai 118 orang yang dipilih secara rawak berstrata (kuota). Di mana sekolah yang mempunyai ramai guru maka pecahan sampel yang diambil adalah lebih ramai ini dapat menunjukkan bahawa semua guru mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian ini.
Berpandukan kepada Malek Mukamat Said (2004), sebanyak 20 item telah digunakan sebagai alat ukur stres dari aspek personaliti. Tiada pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dikhaskan untuk guru. Intrumen ini telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dan sudah mempunyai kesahan yang tinggi.
Dapatan kajian ini adalah menunjukkan mereka juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap stres tidak dipengaruhi oleh personaliti responden.
 
Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI)
jenis dimensi personaliti yang utama dimiliki seperti ekstroversi dan neurotisme di kalangan pelajar-pelajar SPA, SPE dan SPJ. Satu lagi objektif yang diutarakan ialah untuk mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar SPA,SPE dan SPJ.Berdasarkan instrumen yang digunakan oleh pengkaji iaitu Inventori Personaliti Eysenck Junior (JEPI) adalah satu instrumen yang ringkas tetapi menepati kehendak objektif kajian. Responden hanya perlu menanda ‘YA’ atau ‘TIDAK’ sahaja pada jawapan setiap item. Item yang digunakan adalah 40 sahaja dan membosankan responden.
Objektif kajian ini yang berkaitan dengan personaliti untuk mengenalpasti
Manakala kaedah kajian atau metodologi kajian yang digunakan adalah merujuk kepada bagaimana cara yang paling berkesan bagi mendapat maklumat yang berguna dengan penggunaan kos yang minima untuk mencapai matlamat penyelidikan. Pengkaji ini telah menggunakan instrumen soal selidik yang mudah difahami dan jumlah item yang minimum iaitu 40 item sahaja. Dari kesahan, instrument ini telah melalui ujian rintis dan didapati nilai kebolehpercayaannya adalah r =0.5739 . Kos yang digunakan adalah minimum dan maklumat yang diperolehi adalah menepati objektif dan persoalan kajian. Sampel pula adalah dipilih secara rawak seramai 160 responden tetapi hanya 158 sahaja yang mengembalikan borang soal selidik, jadi jumlah ini sudah mencukupi untuk menjalankan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan 87.3 peratus responden adalah pada dimensi ekstrovert sementara 12.7 peratus adalah berada pada dimensi introvert.Ini menunjukkan ramai responden yang suka bersosial, adalah aktif, mudah bergaul, berjenaka dan cepat mesra. Ekstrovert juga tidak suka perkara akademik dan selalunya tidak mengambil berat tentang tugas yang ditanggung jawabkan. Individu ini adalah optimistik dan kadang-kala agresif. Mereka mempunyai emosi yang sering berubah-ubah. Manakala dari aspek hubungan antara dimensi personaliti dengan pencapaian akademik pelajar, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keseluruhan dimensi personaliti dengan pencapaian akademik.Dapatan ini telah disokong oleh pengkaji-pengkaji yang lalu, ini menunjukkan instrument yang digunakan adalah sesuai dari segi kebolehpercayaannya.
Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS)
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan ciri tret personaliti pelajar cemerlang dan tidak cemerlang. Secara khususnya kajian ini telah mengenal pasti ciri personaliti yang memepunayai tahap hubung kait yang positif atau negatif dengan pencapaian cemerlang dan tidak cemerlang. Selain itu , kajian ini juga mengenal pasti sama ada wujud perbezaan trait personaliti pelajar cemerlang dan tidak cemerlang berasaskan jantina. Berdasarkan instrumen IPS ini sudah tentu menepati objektif kajian kerana item yang digunakan adalah banyak iaitu sebanyak 160 item. Item yang terlalu banyak boleh membosan responden.
Kaedah kajian atau metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji ini adalah meliputi reka bentuk kajian, pemilihan sampel dan cara memproses data. Pengkaji telah menggunakan inventori ini (IPS) yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu r = 0.95. Dari segi pemilihan sampel, pengkaji telah memilih sampel dari satu tempat sahaja kerana ia mempunyai populasi yang ramai iaitu 800 orang. Pengkaji telah memilih seramai 214 orang secara rawak dari dua kategori iaitu pelajar cemerlang dan tidak cemerlang.
Data dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mencari
Kesimpulan
Berdasarkan jurnal-jurnal yang telah dibincangkan di atas terdapat berbagai jenis instrument yang telah digunakan dalam mengkaji personaliti seseorang individu. Antara instrumennya ialah
Empat jurnal yang dibincangkan mempunyai bilangan item yang sedikit (ringkas) tetapi menepati objektif dan persoalan kajian. Bilangan itemnya antara 10 hingga 40 soalan sahaja dan amat sesuai dijalankan dalam masa yang singkat dan tidak membosankan responden. Satu sahaja yang mempunyai item yang banyak iaitu Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS), bilangan itemnya ialah 160 soalan. Namun Ujian Inventori Personaliti Sidek (IPS) sangat popular di kalangan pengkaji di Malaysia. Satu lagi ujian personaliti yang popular adalah Ujian Personaliti Warna (IPW). Ujian ini dapat ditadbir dengan mudah dan dapat mengetahui hasil dapatan dengan cepat.
Sebagai kesimpulannya, ujian personaliti ini amat penting kepada jurulatih, guru sukan dan pentadbir sukan. Dalam bidang sukan aspek personaliti adalah satu cabang yang penting khususnya di dalam disiplin psikologi sukan.Bidang ini kurang diberi perhatian di kalangan para penggiat sukan di Malaysia tetapi ianya sudah lama diamalkan di Negara-negara lain yang maju di dalam bidang sukan. Jadi, kita berharap para penggiat sukan dan para cendikiawan yang terlibat dalam bidang ini dapat meneruskan kajian dalam aspek personaliti ini.
 
 Rujukan dan Bibliografi
Feist, J. (1985). Theories of personality. New York : Holt, Rinehart and Winston.
Fleeson, W. (2007). Studying personality processes: explaining change in between-persons. Handbook of research methods in personality psychology (pp. 523–542). New York: Guilford Press.
Longitudinal and within-person multilevel models
Malek Muhamat Said. (2004). Siri Motivasi: Studi Smart. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Nada Abi Samra. (2000). The relationship between emotional intelligence and academic achievement in eleventh graders. Montgomery: Auburn University.
Noornazifah Binti Md Suandi. (2008). Kajian terhadap stres di kalangan guru sekolah rendah di Zon Permas Jaya, Johor Bahru dari aspek personaliti. Penulisan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.
Nurul Ezzati Binti Azizi. (2008). Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar Spa, Spe Dan Spj. Penulisan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malysia.
Ortony, A., Norman, D. A., & Revelle, W. (2005). Effective functioning: a three level model of affect, motivation, cognition, and behavior. (pp. 173–202). New York: Oxford Univeristy Press.
Petrides, K. V. (2009). Technical manual for the trait emotional intelligence questionnaires (TEIQue). London, England: London Psychometric Laboratory.
Potkay, Charles R. dan Allen, Bem P. (1986). Personality : theory, research and applications. California : Wadsworth Inc.
Revelle, W., Wilt, J., & Rosenthal, A. (2009). Personality and cognition: the personality-cognition link. Handbook of individual differences in cognition: Attention, memory and executive control. Springer.
Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub. (2002). Teori personaliti dari perspektif islam, timur dan barat. Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Thomaes, S.,Stegge, H., Bushman, B. J., Olthof, T. & Denissen, J. (2008). Development and Validation of the Childhood Narcissism Scale. Journal of Personality Assessment, 90(4), 382-391
Zol Hamidy Bin Che An. (2003). Perkaitan antara pencapaian akademik dan ciri personaliti: satu kajian kes di Kolej Mara. Penulisan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda, Universiti Utara Malysia.
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek. (2005). Membentuk identiti remaja. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Azlina Abu Bakar @ Mohd. ( 2002 ) . Psikologi personaliti individu, siri pendidikan karisma. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd.
Cooper, A. & Petrides, K. V. (2010). A Psychometric Analysis of the Trait Emotional Intelligence Questionnaire-Short Form (TEIQue-SF) Using Item Response Theory. Journal of Personality Assessment, 92(5), 449-457
perbandingan min skor untuk melihat tahap ciri personaliti yang diuji. Ujian tidak berparameter digunakan untuk melihat ciri perbezaan personaliti dua kelompok. Ujian pearson–r digunakan untuk mengkaji tahap korelasi antara dua angkubah dalam satu korelasi silang ( matrix corelation).Kajian ini mendapati terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki cemerlang dan perempuan. Ujian t bebas yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan antara ciri agresif dan ciri introvert dan kajian menunjukkan pelajar lelaki lebih bersifat agresif manakala pelajar perempuan lebih bersifat introvert.Inventori Personaliti Junior Eysenck (JEPI), Set Ujian Malek Mukamat Said (alat ukur stres dari aspek personaliti.), Ujian Inventori Personaliti Sidek ( IPS ), Childhood Narcississm Scale dan Trait Emotional Intelligence Questionnaire – Short Form. Semua instrument ini telah digunakan oleh ramai pengkaji-pengkaji yang terdahulu dan mempunyai nilai kesahan yang tinggi. Kajian mengenai personaliti amat popular di kalangan pengkaji samada pengkaji bidang sukan mahupun bidang umum seperti di sektor pendidikan, ketenteraan , kesihatan dan sebagainya.
 
Childhood Narcissism Scale
Objektif bagi kajian mereka adalah membina dan menyediakan data awal yang mempunyai kesahan dalam mengukur rasa kekaguman pada diri sendiri di kalangan kanak-kanak. Ini amat bersesuaian dengan kurangnya alat-alat bagi mengukur salah satu daripada ciri-ciri personaliti yang terdapat pada seseorang. Tambahan pula kebanyakan kajian yang melibatkan rasa kekaguman pada diri sendiri adalah dikalangan orang dewasa. Membina dan menyediakan satu data awal akan memberi impak kepada pengkaji-pengkaji lain untuk menghasilkan alat-alat yang khusus untuk mengukur rasa kekaguman pada diri sendiri di kalangan kanak-kanak. Dalam kontek negara, amatlah kurang tumpuan yang diberikan ke atas ciri personaliti ini apatah lagi ke atas kanak-kanak. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pakar-pakar dalam bidang personaliti yang dapat menjalankan sesuatu kajian khusus bagi cirri personaliti ini.
Kaedah yang diaplikasikan oleh pengkaji dalam kajian ini sangat teratur. Terdapat sekurang-kurangnya enam siri kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Bermula dengan kajian pertama bertujuan memilih item-item yang bertepatan untuk mengukur rasa kekaguman pada diri sendiri di kalangan kanak-kanak. Daripada 49 item pada awalnya, hanya 10 item akhir yang diambil dan dikira sebagai mempunyai kolerasi yang tinggi. Kajian kedua dan ketiga menguji secara cross-validation 10 item akhir ke atas subjek berbangsa Dutch dan subjek American. Manakala kajian keempat pula, pengkaji mencari kebolehpercayaan melalui kaedah uji dan ulang uji dengan jarak masa dua dan enam bulan. Kajian kelima, pengkaji memberi tumpuan ke atas hubungan di antara kekaguman pada diri sendiri di kalangan kanak-kanak dan harga diri dan bagaimana kedua-dua tret memberi kepentingan kepada fungsi psikologi dan interpersonal mereka.
Dapatan yang diperolehi melalui kajian ini adalah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap tahap kekaguman pada diri sendiri di kalangan kanak-kanak yang telah dibina dan disediakan. Melalui enam siri kajian menjadikan alat ini lebih bersifat menyeliputi gambaran sebenar ke atas kanak-kanak dan kesan yang baik jika diaplikasikan.
 
Trait Emotional Intelligence Questionnaire-Short Form
(TEIQue-SF)
Trait Emotional Intelligence Questionnaire-Short Form, (Petrides, 2009) mengandungi 30 item yang mengukur secara menyeluruh tret kepintran emosi. Respon mengikut kaedah Likert bermula 1 (Completely Disagree) hingga 7 (Completely Agree). TEIQue-SF telah digunakan dalam kajian bertajuk A Psychometric Analysis of the Trait Emotional Intelligence Questionnaire-Short Form (TEIQue-SF) Using Item Response Theory (IRT) hasil penulisan Cooper dan Petrides (2010).
Objektif kajian ini memeriksa dengan lebih teliti TEIQue-SF versi terbaru (version 1.50). dengan menggunakan teori item respon (IRT). IRT memberi beberapa kelebihan dengan kaedah klasik untuk analisis. Ini jelas menunjukkan pengkaji cuba menambahbaik intrumentasi ini. Item-item dalam TEIQue-SF dianalisis setiap satunya bagi menentukan signifikannya dengan ciri persornaliti yang diukur.
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dengan dua kajian yang dijalankan adalah sesuai bagi memenuhi objektif yang ditetapkan. Kajian pertama, pengkaji menggunakan jumlah sampel yang besar bagi memeriksa secara psikometrik item-item yang asal dalam TEIQue-SF versi pertama. Manakala kajian kedua memeriksa secara psikometrik item-item keatas sampel yang berlainan menggunakan TEIQue-SF versi terbaru (version 1.50). Kaedah membandingkan dua hasil kajian yang dijalankan oleh pengkaji dapat mengesahkan TEIQue-SF mampu memberi pengukuran yang tepat.
Dapatan dalam kajian ini berdasarkan dua kajian dapat menunjukkan secara menyeluruh hasil pengukuran yang tepat ke atas kebanyakan lingkungan tret yang masih terpendam dan item yang paling menunjukkan psikometrik yang baik. Seterusnya TEIQue-SF dicadangkan bagi pengukuran yang berulang kali ke atas individu yang berlainan dalam tret kepintaran emosi.
Dalam kontek negara kita, TEIQue-SF boleh digunakan dengan dialih bahasa ke dalam bahasa Malaysia agar sampel dari negara kita lebih mudah memahami setiap item agar data yang diperolehi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ini perlu kerana tret kepintaran emosi jarang diketengahkan dalam ciri-ciri personaliti.
(CNS) merupakan instrumentasi yang digunakan dalam penulisan journal bertajuk Development and Validation of the Childhood Narcissism Scale oleh Thomaes, Stegge, Bushman, Olthof dan Denissen (2008). Terdapat 10 item akhir hasil kajian daripada 49 item. Setiap satunya telah melalui enam siri kajian yang menjadikan alat pengukuran ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Respon menggunakan skala empat daripada 0 (not at all true) hingga 3 (completely true).
(CNS)

1 comment:

Post a Comment