Subscribe:

Pages

Wednesday, 14 December 2011

EFIKASI DIRI (SELF-EFFICACY)

Pengenalan
Efikasi diri (self-efficacy) pertama kali diperkenalkan oleh Albert Bandura pada tahun 1986. Efikasi diri merupakan kemampuan yang dirasakan individu untuk mengatasi situasi khusus sehubungan dengan penilaian atas kemampuan untuk melakukan satu tindakan yang ada hubungannya dengan tugas khusus atau situasi tertentu. Efikasi diri ini bersumber dari teori pembelajaran sosial, iaitu menekankan hubungan kausal timbal balik antara faktor lingkungan dengan faktor personal yang saling berkaitan.Efikasi diri dapat menjadi penentu keberhasilan prestasi dan pelaksanaan pekerjaan. Efikasi diri juga sangat mempengaruhi pola pemikiran, reaksi emosional dalam membuat keputusan . Meskipun demikian efikasi diri diyakini merupakan aspek utama yang dapat meramalkan kejayaan prestsi seseorang..

Pengertian Efikasi Diri
Menurut Albert Bandura (1986) efikasi diri adalah pertimbangan subjektif individu terhadap kemampuannya untuk menyusun tindakan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas-tugas khusus yang dihadapi. Efikasi diri tidak berkaitan langsung dengan kecakapan yang dimiliki individu, melainkan pada penilaian diri tentang apa yang dapat dilakukan, tanpa terkait dengan kecekapan yang dimiliki.
Konsep dasar teori efikasi diri adalah pada masalah adanya keyakinan bahawa pada setiap individu mempunyai kemampuan mengawal pemikiran, perasaan dan tingkahlakunya. Dengan demikian efikasi diri merupakan masalah persepsi yang subjektif. Dalam kata yang sebenarnya efikasi diri tidak selalu menggambarkan kemampuan yang sebenarnya, tetapi ianya berkait dengan keyakinan yang dimiliki oleh individu.
Definasi tersebut memberikan pemahaman bahwa efikasi diri adalah penilaian yang merupakan keyakinan subjektif individu mengenai kemampuan dirinya dalam melakukan tugas, mengatasi masalah, dan melakukan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan hasil tertentu.
Kritikan Kajian
Konsep efikasi diri Albert Bandura yang dibangunkan di dalam kajiannya tentang teori-teori kognitif sosial manusia telah dengan meluasnya diuji dalam disiplin dan bidang yang berbeza - beza . Ianya menerima sokongan dari penemuan – penemuan kajian dari badan – badan penyelidikan yang terkenal di dalam pelbagai bidang. Banyak kajian yang telah dijalankan menggunakan soal selidik efikasi kendiri. Kajian yang dilaksanakan boleh menggunakan soal selidik yang sedia ada seperti soal selidik Skala Efikasi Diri Secara Umum ( General Self-Efficacy Scale ), Skala Kecekapan Diri di Dalam Latihan ( Exercise Self-Efficacy Scale ), Soal Selidik Efikasi Diri Guru ( Teacher Self-Efficacy ), Efikasi Diri Penerimaan Umum ( General Perceived Self-Efficacy ) dan juga menggunakan soal selidik yang diadaptasikan bagi menyesuaikan soalan dengan tujuan kajian atau penyelidikan yang dilakukan. Sebagai contohnya di dalam kajian yang bertajuk Development of the Exersice Self-Efficacy Scale for Chinese Older Adults pengkaji telah membina dan membangunkan satu soal selidik bagi digunakan untuk mengkaji efikasi diri golongan tua di negeri China terhadap aktiviti fizikal.
Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati kepercayaan terhadap efikasi diri didapati berkait rapat atau dapat memberi petunjuk kepada masalah-masalah klinikal seperti ketakutan, ketagihan, kemurungan, kemahiran sosial, sifat pendesak terhadap tekanan dalam pelbagai jenis konteks, tingkah laku merokok, kawalan kepada kesakitan, kesihatan dan juga untuk prestasi atlit.
Walaupun terdapat pelbagai jenis bentuk soalan soal selidik yang berkaitan efikasi diri, ramai penyelidik menggunakan soal selidik efikasi diri umum ( General Self-Efficacy) sebagai satu alat untuk mengukur efikasi diri dalam kajian yang dilakukan mengikut bidang masing – masing. Ini adalah kerana soal selidik efikasi diri umum ini sesuai digunakan untuk semua bagi membuat kajian . Sebagai contohnya di dalam kajian yang dijalankan oleh Fung Lan Yong di dalam kajiannya yang bertajuk Satu Kajian Mengenai Efikasi Diri dan Harapan untuk Kejayaan Pelajar Pra-Universiti beliau telah menggunakan soalan efikasi kendiri umum sebagai instrumen yang diguna pakai di dalam menjalankan kajiannya. Soal selidik ini adalah amat sesuai digunakan bagi mengukur dan m
Namun begitu kajian yang dijalankan tidak dijalankan secara menyeluruh kepada pelajar – pelajar yang yang mengikuti pengajian yang sama di universiti yang lain. Kejayaan penggunaan soal selidik efikasi diri umum untuk mengukur efikasi diri pelajar yang yang mengambill jurusan kejuruteraan dan juga pelajar yang mengambil jurusan perniagaan akan menjadi lebih berkesan jika kajian ini dilaksanakan juga kepada pelajar – pelajar di universiti lain.
Di dalam kajian Association between general self-efficacy and health related quality of life among 12 – 13 years old school children: a cross-sectional survey yang dijalankan terhadap pelajar – pelajar sekolah di dalam darjah tujuh merentasi bahagian timur Norway, Seramai 279 kanak-kanak sekolah telah menyempurnakan satu kajian menggunakan soal selidik GSE AND HRQOL pelajar – pelajar ini ialah dari sekolah-sekolah yang dipilih secara rambang menggunakan persampelan kelompok . Soal selidik umum digunakan untuk mengkaji faktor promosi kesihatan termasuk efikasi kendiri secara umum.
Kajian yang dilaksanakan tidak sesuai menggunakan soal selidik ini sahaja bagi mengkaji permasalahan tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik efikasi kendiri secara umum dan soal selidik yang berkaitan kualiti hidup berkaitan dengan kesihatan (HRQOL) bagi memenuhi persoalan kajian.
Hasil penggunaan dua set soalan soal selidik mendapati satu perhubungan yang signifikan antara pertambahan darjah GSE dan HRQOL. Dalam analisis disesuaikan untuk sosio pembolehubah demografi, budak lelaki mendapat markah yang lebih tinggi daripada budak perempuan di dalam efikasi diri. Kanak-kanak dari keluarga- tunggal mempunyai lebih rendah markah di dalam HRQOL daripada kanak kanak yang mempunyai kedua ibu bapa , dan kanak-kanak yang telah dipindahkan dalam lima tahun lepas mempunyai markah yang lebih lebih rendah pada HRQOL daripada mereka yang tidak dipindahkan.
Soal selidik efikasi diri umum juga digunakan bagi mengkaji perhubungan antara kebimbangan dan efikasi diri,dan menyiasat sama ada efikasi diri dapat menjelaskan variasi kebimbangan dalam model regresi di kalangan remaja-remaja dan belia-belia. Kajian yang dilakukan oleh Siamak Khodarahimi yang bertajuk General self-efficacy and worry in an Iranian adolescents and youths samples menggunakan soal selidik efikasi diri umum untuk tujuan menilai efikasi diri dan soal selidik Ahwaz Worry Inventory digunakan bagi menilai kebimbangan. Penggunaan 2 set soal selidik adalah lebih sesuai dan dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dengan jelas. Subjek terdiri daripada 200 orang remaja dan 200 orang belia yang terpilih secara rawak dari Bandar Eghlid Iran
Data yang terhasil menunjukkan yang efikasi diri dan kebimbangan mempunyai hubung kait yang negatif terhadap pekali di kalangan remaja-remaja dan belia. Sub skala yang terdapat di dalam soal selidik efikasi diri umum iaitu permulaan dan kegigihan dapat menerangkan 42 dan 45 peratus variasi kebimbangan di kalangan remaja dan belia. Binaan efikasi diri umum dan permulaan dan kegigihannya adalah amat penting untuk pencegahan kebimbangan dikalangan remaja-remaja dan belia. Hasil kajian ini adalah bertepatan dengan keadaan persekitaran tempat yang dikaji. Dengan keadaan persekitaran yang agak padat, bergantung kepada hasil pertanian, kurang pekerjaan kegigihan adalah perlu di dalam diri seseorang untuk terus bergerak maju. Pengkaji juga berharap dapatan yang diperolehi dapat digunakan untuk merancang program – program yang sesuai pada masa hadapan.
Application of the general perceived self efficacy scale in cardiovascular rehabilitation
Hasil dapatan mengesahkan yang GSE ialah satu alat pengukuran yang sahih untuk mengukur efikasi diri dalam mengklasifikasikan peringkat ,berlainan kebolehan berfungsi, di dalam pemulihan pesakit jantung dan neurologi.
University students attitude, self-efficacy and motivation regarding leisure time physical participation
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara sikap, motivasi dan efikasi diri terhadap masa senggang dan penglibatan aktiviti fizikal masa senggang. Hasil kajian juga dapat membuktikan efikasi diri merupakan pemboleh ubah peramal yang terbaik terhadap penglibatan aktiviti fizikal semasa senggang.
ialah satu kajian yang juga menggunakan soal selidik efikasi diri umum di dalam mengkaji dan mengenalpasti pengaruh sikap, efikasi diri dan motivasi terhadap penglibatan pelajar universiti di dalam aktiviti fizikal. Subjek yang dikaji ialah pelajar – pelajar universiti yang terdiri daripada 551 pelajar lelaki dan 801 pelajar perempuan.
adalah satu kajian yang dijalankan menggunakan soalan efikasi diri umum versi Italy. Tujuan kajian ini ialah untuk mengesahkan penggunaan soal selidik ini dalam konteks pemulihan kardiovaskular dan neurologi , dan mempertimbangkan beberapa soalan-soalan yang masih terbuka, seperti hubungan antara keberkesanan diri dan autonomi fungsional, dengan membandingkan pesakit-pesakit kardiovaskular dengan penyakit-penyakit yang melibatkan progresif dan kecacatan yang tidak dapat dibalikkan semula.
engkaji efikasi diri dan harapan untuk berjaya 105 pelajar pra universiti yang mengambil bidang kejuruteraan dan perniagaan di sebuah universiti swasta. Dapatan kajian yang diperolehi juga menunjukkan penggunaan soal selidik efikasi kendiri umum ini berjaya menunjukkan persamaan di dalam efikasi kendiri pelajar yang mengambill jurusan kejuruteraan dan juga pelajar yang mengambil jurusan perniagaan. Data telah diambil dari 395 orang pesakit-pesakit yang sedang mengikuti program pemulihan jantung dan neurologi.
Efikasi diri merupakan salah satu faktor personal yang menjadi perantara atau mediator dalam interaksi antara faktor tingkah laku dan faktor lingkungan.

No comments:

Post a Comment