Subscribe:

Pages

Tuesday 13 December 2011

PSIKOLOGI SUKAN GUNAAN

KESEPADUAN BERPASUKAN
PENGENALAN
Kita menang kerana kita bermain sebagai satu pasukan
Pasukan ini berjaya kerana setiap pemain bermain dengan cemerlang
Kenyataan ini cuba menerangkan kepentingan bermain sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat pasukan
DEFINASI
Apa yang disebut semangat berpasukan sebenarnya merupakan ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan (Carron, 1982).
 
Suatu proses dinamik yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk tetap bersatu dan bersama mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut (Carron, 1982).
 
Proses dinamik yang tercermin dalam kecenderungan kumpulan untuk tetap bersatu dalam mencapai tujuan instrumental dan / atau untuk keperluan kepuasan afektif ahli "(Carron,Brawley, and Widmeyer ,1998)

Terdapat dua dimensi kesepaduan :
Kesepaduan tugasan merujuk kepada tahap dimana ahli kumpulan bersama-sama bekerja untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang spesifik.
Kesepaduan sosial - mencerminkan sejauh mana ahli pasukan berkerjasama antara satu sama lain dan menikmati seperti satu pasukan. (hubungan interpersonal  antara ahli kumpulan).
PROSES PEMBENTUKAN PASUKAN

Fasa Pembentukan
2. Fasa Pertelagahan
3. Fasa Pembentukan Norma
4. Fasa Prestasi

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEPADUAN PASUKAN

Saiz kumpulan – semakin ramai semakin kurang kesepaduan pasukan.
Interaksi di antara ahli kumpulan
Kejelasan matlamat kumpulan
Penetepan matlamat kumpulan
Iklim pasukan yang kondusif
Kejelasan peranan ahli
Apresiasi ketua terhadap prestasi atlit

FAKTOR YANG MENGGUGAT KESEPADUAN PASUKAN
Percanggahan tentang matlamat pasukan
Kekerapan pertukaran ahli kumpulan
Perebutan kuasa dalam kumpulan
Masalah komunikasi dalam pasukan
Kurang jelas dari segi peranan yang dimainkan
Kritik yang berterusan
Pertembungan personaliti

BAGAIMANA MENINGKATKAN KESEPADUAN PASUKAN
Membiasakan pemain dengan peranan rakannya yang lain
Kenali pemain anda
Gunakan strategi komunikasi yang berkesan
Memberikan komen yang positif selepas setiap perlawanan
Memberikan maklumbalas kepada pemain
Wujudkan sistem sokongan dalam pasukan
Awasi kumpulan kecil dalam pasukan
Konsisten ketika mendisiplinkan diri
Atasi masalah keciciran akademik

KESIMPULAN
Ramai penyelidik percaya ada hubungan yang kuat antara kesepaduan pasukan dan prestasi.
Martens dan Peterson (1971) , Keputusan kajian menunjukkan bahawa pasukan yang sangat tinggi kesepaduan lebih berjaya daripada pasukan yang rendah tingkat kesepaduannya. Para penyelidik menyimpulkan ada "lingkaran hubungan antara kepuasan, kesepaduan dan kejayaan. Pasukan yang mempunyai kesepaduan yang tinggi lebih berjaya, memiliki kepuasan yang lebih besar dari penyertaan " (hal. 58). ....

No comments:

Post a Comment