Subscribe:

Pages

Saturday, 24 November 2012

PEPERIKSAAN PJK TINGKATAN 4


SULIT

PJPK Pertengahan Tahun

Mei
2013

1 jam




LEMBAGA PEPERIKSAAN


PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN

2013

TINGKATAN 4

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan

  1. Jawab semua soalan

  1. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.



Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak


® Hak Cipta Terpelihara
















PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


Satu jam






















Disediakan oleh: Disahkan oleh :

......................................... ..................................
(MOHD FAUZI HUSSIN)








[ Lihat sebelah]

SULIT



Soalan 1 hingga 20

Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang tepat.


  1. Latihan Merentas Desa mendatangkan kesan daya tahan kardiovaskular sekiranya dilakukan
    1. dalam jangka masa 30 minit hingga 2 jam
    2. di kawasan berbukit-bukit
    3. dengan bebanan yang tinggi
    4. berintensiti tinggi

  1. Tahap ambang intensiti latihan daya tahan kardiovaskular adalah
    1. 3 – 4 kali seminggu
    2. kadar nadi mencapai 60% kadar nadi maksimun (KNM)
    3. latihan dilakukan 10 – 20 minit
    4. bebanan yang digunakan 50% daripada berat badan pelaku

  1. Apabila daya tahan kardiovaskular rendah, seseorang akan mudah letih atau lesu semasa melakukan aktiviti kerana …………..
    1. Saiz ruang jantung bertambah.
    2. Oksigen berlebihan di dalam otot.
    3. Pengumpulan asid laktik yang berlebihan di dalam otot.
    4. Kandungan karbon dioksida dalam darah berlebihan.



Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan kerja secara berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa yang panjang”

  1. Pernyataan di atas merujuk kepada:
    1. Daya tahan otot.
    2. Kekuatan otot.
    3. Daya tahan kardiovaskular.
    4. Kecergasan fizikal.

  1. Dalam latihan bebanan, satu repetasi maksimun [1RM] bermaksud:
    1. beban maksimum yang mampu diangkat oleh seseorang atlet
    2. bilangan ulangan yang tertinggi yang mampu dilakukan oleh seseorang atlet
    3. bilangan ulangan yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang atlet
    4. beban maksimun sepatutnya diangkat oleh seseorang atlet

  1. Semasa latihan bebanan untuk meningkatkan kekuatan otot, cara pernafasan sangat penting. Ketika bebanan diangkat kita hendaklah ………………….. nafas.
    1. Inhale
    2. Exhale
    3. Tahan
    4. Rehat.

  1. Kesan “Valsalva” (pitam) ketika melakukan latihan bebanan adalah disebabkan:
    1. beban terlalu berat/tinggi
    2. perlakuan yang terlalu pantas
    3. tidak memanaskan badan mencukupi
    4. perjalanan darah dari otak atau ke otak terganggu





  1. Dalam acara lari berpagar, jumlah pagar yang digunakan ialah ………………..
    1. 8.
    2. 10.
    3. 12.
    4. 14.

  1. Acara lari berpagar memerlukan larian yang pantas dan kelancaran berlari semasa berada di antara pagar yang terentang. Kelancaran pergerakan ini dipanggil ……………
  1. Sekata.
  2. Fasa.
  3. Gaya.
  4. Ritma.

  1. Berdasarkan gambar rajah di bawah, fasa manakah menunjukkan fasa layangan:

















  1. Bagi meningkatkan kuasa eksplosif ketika fasa lonjakan dalam acara lompat kijang, latihan yang paling berkesan ialah
    1. Latihan fartlek.
    2. Latihan aerobik.
    3. Latihan jeda.
    4. Latihan plyometrik.

  1. Siapakah yang bertanggungjawab dalam membuat belanjawan dan mencatat segala urusan kewangan dalam aktiviti perkhemahan yang dirancang
    1. Pengerusi.
    2. Setiausaha.
    3. Bendahari.
    4. Jawatankuasa kecil.

  1. Berikut merupakan aktiviti yang dapat dijalankan semasa perkhemahan KECUALI
    1. Orienteering.
    2. Berkayak.
    3. Abselling.
    4. Jogathon

  1. Teknik kelecek bola hoki dengan menggunakan bahagian muka kayu dan kilas kayu sambil berlari dipanggil …………………………
  1. Kelecek rapat
  2. Kelecek India.
  3. Kelecek longgar.
  4. Kelecek barat.

  1. Sekiranya kesalahan tidak sengaja berlaku dalam kawasan “D” oleh pasukan pertahanan dalam permainan hoki, hukumannya adalah:
    1. pasukan penyerang mendapat pukulan percuma
    2. pasukan bertahan mendapat pukulan percuma
    3. kad merah diberi kepada pasukan bertahan yang melakukan kesalahan
    4. pasukan penyerang mendapat sudut penalti

  1. Waktu terluang biasanya diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Kenyataan ini dirujuk kepada
    1. Kesenggangan.
    2. Istirehat.
    3. Bersukan
    4. Rekreasi

  1. Semasa tidur, pernafasan menjadi perlahan dan penggunaan oksigen adalah rendah. Ini kerana oksigen hanya untuk pemulihan tisu sahaja dan sedikit penghasilan tenaga untuk
    1. Metabolisme asas.
    2. Pergerakan.
    3. Pekerjaan.
    4. Kesihatan.

  1. Perubahan dari segi fizikal, sosial, daya pemikiran dan persekitaran merupakan faktor utama berlakunya perubahan emosi dalam diri remaja. Perubahan ini tanpa dikawal boleh membawa kepada
    1. Kesan positif.
    2. Stres.
    3. Kematangan.
    4. Keremajaan.

  1. Apakah yang dimaksudkan malnutrisi ?
    1. kegemukan yang berlebihan.
    2. Kekurangan zat makanan.
    3. Mengidap kencing manis.
    4. Penyakit ingin kurus.

  1. Seseorang yang mengalami masalah obesiti akan terdedah kepada penyakit di bawah KECUALI
    1. Malnutrisi.
    2. Penyakit koronari jantung.
    3. Diabetis mellitus.
    4. Hipertensi.


Soalan 21 hingga 30

Tandakan A bagi pernyataan yang BETUL dan B bagi pernyataan yang SALAH

  1. Dalam permainan hoki, hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan tangan, kaki dan anggota badan untuk mengawal pintu gol selagi ia berada dalam kawasan D.

  1. Dalam pertandingan hoki MSSM, setiap pasukan diwakili oleh hanya 11 orang pemain. -

  1. Kekurangan zat kalsium dalam tubuh badan akan menyebabkan berlakunya osteoporosis, darah lambat beku dan kejang otot.

  1. Latihan bebanan adalah merupakan salah satu latihan paling sesuai untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

  1. Aktiviti tekan tubi dalam latihan untuk meningkatkan daya tahan otot melibatkan otot-otot bisep dan trisep.

  1. Dalam latihan bebanan untuk meningkatkan daya tahan otot, 3 – 5 set X 50%-70% Repetasi Maksimun X 10 – 15 repetasi merupakan panduan yang sesuai diikuti.

  1. Aktiviti latihan Isokinetik adalah merupakan latihan yang melibatkan kontraksi statik otot fiber yang tidak memanjang atau memendek serta sendi tidak mengalami julat pergerakan.

  1. Pelari negara seperti Watson Nyambek dan Norshela Mohd Khalid menggunakan teknik kekuatan untuk meningkatkan kelajuan larian mereka.

  1. Masalah tidak boleh tidur atau insomnia boleh mengganggu kesihatan seseorang.

  1. Untuk mendapatkan emosi yang stabil dan mantap, seseorang harus mengutamakan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu tanpa memikirkan emosi orang lain.


Soalan 31 hingga 40

Setiap soalan mempunyai lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul berdasarkan rujukan jawapan di bawah.

A
B
C
D
I dan III
II dan IV
I, II, dan III
Semua di atas

    1. Faedah dan kesan latihan kekuatan otot membolehkan seseorang itu

I Melakukan pergerakan eksplosif
II Membina postur yang baik
III Mengelakkan kecederaan
IV Menambahkan ketumpatan mineral dalam tulang

        1. Latihan “Juak Baring” (Bench Press) memberi kesan kepada otot-otot:
          1. Triceps
          2. Pactoralis major
          3. Daltoid
          4. Hamstring

        1. Kenyataan manakah yang BENAR mengenai seorang atlet:
          1. Kadar nadi rehat lebih baik daripada orang biasa.
          2. Saiz ruang jantung lebih besar.
          3. Denyutan jantung seminit kurang daripada orang biasa.
          4. Isi padu keluaran jantung lebih banyak daripada orang biasa.

        1. Dalam permainan hoki, antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah
I menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola
II penjaga gol menyepak bola
III memainkan bola melepasi paras bahu
IV memakai pelapik kaki atau shin guard

        1. Otot-otot utama bahagian bawah badan yang terlibat ketika perlakuan lari berpagar ialah
I Quadriceps
II Hamstring
III Gastrocnemius
IV Pactoralis major

        1. Pernyataan di bawah adalah BENAR mengenai lompat jauh
          1. Jarak lompatan yang jauh dikira pemenang.
          2. Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian hujung papan lonjak.
          3. Masa dikira semasa membuat lompatan.
          4. Fasa terakhir dalam perlakuan lompatan adalah fasa penamat.

        1. Dalam peringkat persediaan sebelum perkhemahan dijalankan, beberapa perkara perlu diambil tindakan termasuklah:
          1. Susunan tempat perkhemahan.
          2. Pembentukan jawatankuasa.
          3. Aktiviti perkhemahan yang dijalankan.
          4. Belanjawan

        1. Padanan manakah yang BETUL di bawah:

I
Hipertensi
Tekanan perasaan yang tidak terkawal.
II
Diabetis
Kerosakan pankreas menyebabkan rembesan insulin tidak mencukupi untuk metabolisma gula dalam darah.
III
Obesiti
Kekurangan zat makanan untuk pembesaran tubuh badan.
IV
Osteoporisis
Kekurangan kalsium yang menyebabkan pereputan tulang.

        1. Dalam zaman globalisasi, remaja perlu menangani isu remaja dengan minda terbuka supaya tidak terjebak dalam gejala negatif seperti berikut:
          1. Melepak
          2. Kurangkan stres
          3. Masalah disiplin
          4. Emosi seimbang

        1. Malnutrisi berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
          1. Pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi.
          2. Proses pencernaan makanan yang tidak sempurna.
          3. Kebuluran
          4. Pengambilan makanan berlebihan.











KERTAS SOALAN TAMAT








PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 4

SKEMA JAWAPAN



NO. SOALAN

JAWAPAN

NO. SOALAN

JAWAPAN

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
A
B
C
A
A
B
D
B
D
C
D
C
D
B
D
A
A
B
B
A
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
A
B
A
B
A
A
B
A
A
B
D
C
D
C
C
A
B
B
B
C

12 comments:

Anonymous said...

boleh x tlg emailkan soalan ni..azuwadi_mohamadnor@yahoo.com..time kasih

Anonymous said...

tuan, boleh tlg emailkan pd saya soalan ni...terimakasih

Anonymous said...

irfanhilmi66@gmail.com

Syiqah said...

assalamualaikum tuan. boleh kongsikan soalan pjk ting 4 ini dengan saya...iqalya@gmail.com

Syiqah said...

maaf pembetulan email iqalya610@gmail.com

Unknown said...

assalamualaikum tuan. boleh kongsikan soalan pjk ting 4 ini dgn sy...email:cahayapetunjuk2014@gmail.com.trmksh tuan

TicerMyra said...

assalamualaikum. boleh kongsi soalan pjpk ting 4 ni. ini email sy, noramirabardri@gmail.com
terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum..
boleh tolong emailkan soalan pjpk tingkatan 4 ini.
terima kasih
afazilahrahim@gmail.com

S. Aziz said...

salam.. mnta tlg email soalan ni tuan syedbdol94@gmail.com

Unknown said...

assalammualaikum tuan, boleh kongsikan soalan ini . ini email saya diyanashaza96@gmail.com. terima kasih

Unknown said...

assalamualikum tuan, bole tlong emailkan soalan ini dgn saya. srimawarnimarsa@gmail.com

reen said...

tuan, bole emailkan soalan. terima kasih. reen2463@gmail.com

Post a Comment