BAB
1
PENDAHULUAN
- Pengenalan
Kebimbangan
dan prestasi dalam sukan merupakan antara topik yang diminati di
kalangan ahli sukan sejak beberapa tahun dahulu (Duda, 1998).
Kebimbangan sentiasa menyelubungi diri atlet sebelum, semasa dan
selepas sesuatu pertandingan (Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003).
Kenyataan ini disokong oleh Klaffs dan Arnheim (1981), yang
menyatakan bahawa sesuatu pertandingan sememangnya akan menyebabkan
gangguan emosi; atlet merasa tertekan dan bimbang sebelum
pertandingan, seterusnya menghalang pencapaian dan menjatuhkan
prestasi atlet.
Kebimbangan
adalah
keadaan
emosi
negatif
ditandai
dengan
kegugupan,
kecemasan
dan
ketakutan
dan
berkaitan
dengan
pengaktifan
atau
kebangkitan
tubuh
badan (Weinberg dan Gould, 2007).
Kajian-kajian
terdahulu menunjukkan bahawa faktor mental (kebimbangan) dan motivasi
boleh menyebabkan seseorang atlet berada pada tahap terbaik (peak)
semasa pertandingan dan pada masa yang sama juga boleh menjadi
penyebab kegagalan mereka (Duda, 1998). Kebanyakan ahli psikologi
sukan seperti Arent dan Landers (2003); Weinberg
dan Gould (2007), menyatakan
bahawa tahap kebimbangan yang optima dapat membantu atlet mencapai
prestasi yang memberangsangkan, manakala tahap kebimbangan yang
terlalu tinggi dan terlalu rendah membawa masalah dalam mencapai
prestasi yang baik. Wann (1997) pula berpendapat bahawa kebimbangan
sebagai satu keadaan negatif yang memberi kesan penentu kepada
pencapaian prestasi atlet. Menurut Mahoney, Gabriel dan Perkins
(1987), sesetengah kebimbangan adalah baik serta membantu prestasi,
malah ada atlet mengharapkan adanya kebimbangan bagi membolehkan
mereka bertanding dengan jayanya. Selain menjejaskan prestasi,
kebimbangan juga menyebabkan seseorang hilang minat untuk menyertai
pertandingan. Menurut Gould,
dan Tuffey, (1996),
sesetengah kanak-kanak tidak mahu terlibat dalam pertandingan kerana
mereka menganggap pertandingan dalam sukan merupakan sesuatu yang
menakutkan lebih daripada sesuatu yang menyeronokkan dan sukan
merupakan sesuatu yang mencabar. Selain daripada itu, pelatih dan
pengamal perubatan sukan juga telah membuat pemerhatian terhadap
sesuatu pertandingan. Mereka mendapati kebimbangan yang wujud dalam
situasi-situasi pertandingan, mudah mendatangkan kecederaan
berbanding mereka yang tidak mempunyai kebimbangan (Weinberg
dan Gould , 2007).
Keupayaan
seseorang atlet untuk mengatasi tekanan (stress) dan kebimbangan
merupakan perkara penting dalam pertandingan sukan kerana kedua-dua
faktor tersebut dipercayai mempengaruhi prestasi. Oleh yang demikian
matlamat utama para ahli psikologi sukan ialah menghasilkan program
mental yang berkesan untuk atlet supaya dapat memaksimumkan prestasi.
Matlamat ini mungkin tidak dapat dicapai sekiranya tiada pengetahuan
asas mengenai teori-teori kebimbangan dan situasi atau keadaan
kebimbangan yang boleh mempengaruhi prestasi. Pengetahuan teori dan
situasi kebimbangan dalam sukan penting dalam usaha menghasilkan
kajian yang dapat memberi makna agar boleh diaplikasi secara
praktikal. Model yang digunakan dalam kajian ini sebagai rujukan
utama bagi menjelaskan perkaitan antara kebimbangan dan prestasi
ialah Model ‘Multidimensional’ (Marten, Burton, Vealey, Bump, dan
Smith, (1990). Model ini menerangkan bahawa kebimbangan terdapat
dalam bentuk kebimbangan somatik (dapat dilihat melalui komponen
fizikal seseorang seperti berpeluh, degupan jantung) dan kebimbangan
kognitif (merupakan komponen mental seperti takut untuk gagal, hilang
estim kendiri). Kedua-dua bentuk kebimbangan ini mempunyai hubungkait
dengan kebimbangan stet (dipengaruhi oleh emosi yang dapat dilihat
seperti takut, stres dan peningkatan tahap fisologi) dan kebimbangan
tret (dipengaruhi oleh personaliti).
Kebimbangan
merupakan satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan
merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing,
cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain
(Mohd. Sofian Omar Fauzee, 2002). Perasaan ini akan terus berlaku
bila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya.
Seseorang jurulatih tidak kira di peringkat mana sekalipun harus
mengetahui dan mengambil berat tentang faktor psikologi atlit mereka.
Biasanya atlit tidak hanya dilengkapi dengan persediaan fizikal
tetapi harus juga seimbang dengan persediaan mental.
Wann (1997)
mendefinisikan kebimbangan sebagai interpretasi negatif yang dibuat
terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran
sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh seseorang
individu. Kebimbangan merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat
oleh individu tersebut terhadap apa yang terdapat dipersekitarannya.
Sekiranya tafsiran tersebut mendatangkan sesuatu yang negatif maka ia
merupakan kebimbangan.
Pertandingan dalam
sukan mempunyai pelbagai peringkat atau tahap seperti peringkat
sekolah/ bahagian, daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa. Pada
kebiasaannya, semakin tinggi peringkat pertandingan itu maka semakin
meningkatlah tahap kebimbangan yang dirasai oleh atlet tersebut.
Martens
(1997), mengatakan kehebatan pertandingan pada setiap peringkat akan
menyebabkan pelbagai aras kebimbangan pada diri atlet. Maka terdapat
di kalangan atlet yang bertindakbalas secara keterlaluan lalu
mencapai tahap kebimbangan yang melampau dan tidak terkawal. Keadaan
ini menjejaskan kebolehan atlet tersebut untuk mencapai prerstasi
pada paras yang optimum. Kebimbangan pertandingan boleh dilihat
daripada dua aspek iaitu tret
dan state.
Kebimbangan tret ditumpukan kepada ciri-ciri perbezaan personaliti
yang agak stabil di kalangan manusia. Manakala kebimbangan state
diberi pengertian sebagai suatu keadaan emosi organisma manusia yang
sementara, dilahirkan oleh persepsi perasaan yang subjektif dan
disedari terhadap ketegangan dan ketakutan serta peningkatan pada
sistem saraf autonomik (Spielberger, 1966; Weinberg
dan Gould, 2007)
Cratty (1973),
menjelaskan kebimbangan tret adalah kecenderungan seseorang terhadap
perasaan takut dalam kebanyakan situasi. Martens (1977) pula
mendefinisikan kebimbangan tret sebagai satu kecenderungan untuk
melihat sesuatu situasi pertandingan dengan perasaan takut. Ini
bermakna individu yang tinggi kebimbangan tret pertandingannya akan
melihat situasi pertandingan dengan lebih mengancam dan perbezaan ini
akan mencerminkan reaksi kebimbangan state yang tinggi.
Spielberger (1966),
menyatakan bahawa kebimbangan adalah satu keadaan emosi yang wujud
dan dicirikan oleh kefahaman dan ketegangan atau pengaruh untuk
menganggap sesuatu situasi itu sebagai mengancam dan bertindakbalas
terhadap rangsangan atau situasi pada tahap kebimbangan yang
berlainan. Manakala Walker (1975), mendefinisikan kebimbangan sebagai
reaksi individu terhadap situasi yang dianggap akan menggugat
kesejahteraan. Fossum (1990), mentakrifkan kebimbangan sebagai jumlah
keseluruhan tindak balas psikobiologikal terhadap situasi yang
dianggap tidak kebal dan terdedah kepada bahaya serta ancaman.
Terdapat
beberapa simptom yang ditunjukkan oleh atlet yang boleh dikategorikan
dalam ketegangan atau kebimbangan ketika menyertai sesuatu
pertandingan. Kaplan (1989), mendapati apabila seseorang atlet itu
berasa bimbang, sistem saraf autonomik akan diaktifkan dan ini akan
menyebabkan atlet berpeluh secara berlebihan terutamanya di tapak
tangan dan bahagian-bahagian lain, kerap membuang air kecil, perut
rasa tidak selesa, di samping jantung berdenyut lebih hebat dan
terdapat
peningkatan
pada kadar nadi.
Suasana
ini menunjukkan perlunya untuk mengkaji sebab-sebab mengapa keadaan
sedemikian wujud dan telah menarik minat penyelidik untuk membuat
tinjauan terhadap tahap kebimbangan atlet Kolej Matrikulasi Selangor
sebelum pertandingan di kejohanan Karnival Sukan Kolej Matrikulasi
Selangor dan seterusnya dapat membantu para atlet agar dapat
menunjukkan prestasi sebenar mereka. Oleh hal yang sedemikian, hasil
kajian yang diperolehi ini nanti amat penting dan berguna kepada
jurulatih dan pegawai sukan Kolej Matrikulasi Selangor agar mereka
dapat menyediakan program latihan untuk sesi yang akan datang dengan
mengambil kira perbezaan pengalaman, memperkenalkan beberapa jenis
latihan khusus untuk mengatasi masalah kebimbangan, misalnya latihan
mental, meneliti kembali apakah faktor-faktor yang menyebabkan tahap
kebimbangan atlet begitu tinggi dan merancang cara-cara untuk
mengatasinya; berusaha untuk meningkatkan mutu latihan dari segi
teknikal dan taktikal sambil menyelitkan unsur-unsur sains sukan
dengan menghadiri kursus dalam lapangan yang berkenaan atau melantik
jurulatih yang berwibawa dalam bidang yang berkenaan.
1.2.
Kerangka Konsep
Atlet
Karnival Sukan Kolej Matrikulasi Selangor
Futsal
(14) Badminton(10) Ping pong (11)
Bolajaring(7)
Kebimbangan
Faktor-faktor
kebimbangan
, Tahap
Kebimbangan (SCAT) , Kaedah mengurangkan kebimbangan
- Pernyataan Masalah
Semasa latihan,
atlet akan melalui pelbagai jenis serta bentuk latihan fizikal untuk
memantapkan lagi kemahiran dan secara tidak langsung ia turut
menambahkan lagi keyakinan serta semangat dalam diri pemain. Tetapi
adakah tahap psikologi pemain akan kekal seperti mana mereka dalam
sesi latihan setelah mereka berada di gelanggang perlawanan?. Atlet
mula akan bermain dengan perasaan, apatah lagi apabila penampilan
fizikal pihak lawan kelihatan lebih gagah sedangkan perlawanan belum
bermula. Atlet akan mula rasa cemas, gelisah dan berdebar-debar
ditambah lagi dengan sorakan penyokong-penyokong yang akan membuat
atlet lebih rasa tertekan. Pengurus pasukan boling padang negara,
Jamal Abdul Nasir Bakar mengakui kecewa dengan kegagalan Siti Zalina,
yang bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas, tetapi gagal
dalam penentuan pingat gangsa. Begitu pun dia tak menyalahkan Siti
Zalina, yang mungkin tertekan kerana mengalas harapan tinggi, sebagai
pemain terakhir untuk memenangi pingat emas (Utusan Malaysia, 14
Oktober 2010.)
Kesimpulannya,
tahap kebimbangan akan menjadi semakin tinggi dan prestasi pemain
tidak akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun, ini juga turut
bergantung pada atlet itu sendiri, samada ia akan menjadikan semua
pengaruh di persekitarannya positif pada persembahan prestasinya atau
ia akan menjadi sebaliknya jika atlet itu tidak mampu menerima
gangguan persekitarannya dan menganggap ia adalah satu tekanan dan
bebanan yang akan membuat ‘goal
setting’
terkeluar dari sasaran sebenar.
Masalah
kebimbangan semasa menghadapi pertandingan ataupun kejohanan sukan
sering mengganggu perasaan pemain negeri. Kebanyakan jurulatih yang
berperanan sebagai pembimbing kepada atlet remaja mendapati atlet di
peringkat sekolah menghadapi masalah tidak merasa yakin sewaktu
pertandingan. Atlet remaja negeri tidak dapat menggunakan kemahiran
yang telah dilatih semasa berada di gelangang. Kenyataan ini
disokong oleh Mahmood Nazar Mohamed (2005) yang menyatakan bahawa
seseorang individu yang mengalami kebimbangan hanya berasa bingung,
runsing dan bimbang tanpa sebab yang jelas. Secara kesimpulannya,
perasaan bimbang merupakan suatu situasi yang boleh menyebabkan
seseorang itu berasa takut dan gementar seterusnya boleh menganggu
prestasi atlet . Atlet biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan
yang rendah untuk mengelakkan kebimbangan.
Oleh
yang demikian, seorang jurulatih sama ada di peringkat sekolah,
daerah atau kebangsaan, harus mengenali personaliti atlet mereka bagi
memudahkan mereka menangani sebarang masalah yang berhubung dengan
prestasi. Seterusnya Teori Pembalikan Martens memperlihatkan
bagaimana atlet dapat menghasilkan prestasi cemerlang apabila mereka
mempunyai kedua-dua bentuk tenaga iaitu tenaga positif dan negatif.
Prestasi akan menurun jika kedua-dua bentuk tenaga ini menurun.
Kekuatan yang terdapat dalam teori ini ialah dapat meningkatkan
potensi atlet dan memahami perkaitan antara prestasi dan kebimbangan.
Selain daripada itu teori tersebut juga dapat membantu atlet membuat
interpretasi sendiri tentang tahap kebimbangan.
Manakala,
atlet Kolej Matrikulasi Selangor telah menunjukkan tahap kebimbangan
yang boleh menjejaskan prestasi mereka setiap kali ke pertandingan
peringkat kebangsaan (KAKOM). Kajian saya ingin mengkaji tentang
cara mengurangkan kebimbangan , mengkaji tahap kebimbangan dan
mengkaji faktor-faktor kebimbangan dalam kalangan atlit Kolej
Matrikulasi Selangor.
- Kepentingan Kajian
Kajian
ini merupakan satu tinjauan perbandingan mengenai tahap kebimbangan
atlet Kolej Matrikulasi Selangor di kejohana kebangsaan . Hasil
kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan panduan kepada jurulatih
untuk mengenalpasti dan mengetahui tahap kebimbangan atlet mereka.
Maklumat yang diperolehi ini amat berguna kepada jurulatih dalam
merancang program yang lebih efisyen dan sesuai dari segi psikologi
atlet untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu, hasil
kajian ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada para jurulatih
dan pegawai pasukan tentang kaedah latihan yang sesuai dan efektif
serta kepentingan memberi perhatian secara individu kepada setiap
atlet demi untuk kejayaan pasukan, kepuasan diri dan kecemerlangan
sukan.
- Objektif Kajian
- Mengenalpasti tahap kebimbangan atlet KMS sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.
- Mengkaji perbezaan tahap kebimbangan di antara atlet lelaki dan atlet wanita
- Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kebimbangan atlet KMS.
- Mengenalpasti kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk mengurangkan tahap kebimbangan sebelum memulakan pertandingan bagi atlet KMS.
- Persoalan Kajian
Berdasarkan tujuan
di atas, kajian ini cuba mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan
berikut:
- Apakah tahap kebimbangan pertandingan atlet KMS sebelum pertandingan peringkat kebangsaan?
- Adakah terdapat perbezaan tahap kebimbangan yang signifikan di antara atlet lelaki dan atlet wanita?
- Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kebimbangan atlet KMS?
- Apakah kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk mengurangkan tahap kebimbangan sebelum memulakan pertandingan bagi atlet KMS?
- Batasan kajian
Dalam kajian ini
terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dijangkan oleh
penyelidik. Di antaranya adalah:
1.7.1. Delimitasi
Kajian ini terbatas
kepada 68 atlet yang menyertai kejohanan karnival sukan Kolej
Matrikulasi Selangor sahaja yang berumur antara 17 dan 18 tahun.
Kajian ini hanya
memberi penekanan kepada beberapa faktor kebimbangan sahaja. Kajian
ini tidak memberi tumpuan kepada faktor-faktor lain seperti taraf
sosioekonomi keluarga, orientasi belajar dan sebagainya yang turut
memberi kesan yang positif terhadap kebimbangan atlit.
Segala
penganalisaan data dan perbincangan dilakukan berpandukan kepada soal
selidik kajian yang diubahsuaikan berdasarkan kepada soal selidik
SCAT oleh Martens (1977), serta subjek yang telah ditetapkan dan
ianya tidak boleh digeneralisasikan.
1.7.2 Limitasi
Kajian ini terbatas kepada beberapa limitasi berikut:
- Faktor kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soal selidik adalah di luar kawalan penyelidik.
- Walaupun arahan yang jelas telah dinyatakan dalam soal selidik, masa responden menjawab soal selidik dan prosedur mengumpul data mungkin mempengaruhi hasil kajian.
Definisi Operasional
Dalam konteks kajian
ini, terminologi berikut beroperasi sebagai:
Kebimbangan
Walker
(1975), mendefinisikan kebimbangan sebagai reaksi individu terhadap
situasi yang dianggap akan menggugat kesejahteraan. Fossum (1990)
pula mentakrifkan kebimbangan sebagai jumlah keseluruhan tindakbalas
psikobiologikal terhadap situasi yang dianggap tidak kebal dan
terdedah kepada bahaya dan ancaman.
Kebimbangan State Pertandingan
Kebimbangan
pertandingan diberi pengertian sebagai suatu keadaan emosi organisma
manusia yang sementara, dilahirkan oleh persepsi perasaan yang
subjektif dan disedari terhadap ketegangan dan ketakutan serta
peningkatan pada saraf autonomik (Spielberger,
1966).
SCAT
SCAT
atau “Sport Competition Anxiety Test” direkabentuk oleh Martens
(1977) adalah satu ujian khas untuk mengukur tahap kebimbangan sukan
dalam situasi pertandingan.
Kejohanan Karnival Kolej Matrikulasi Selangor
Karnival Sukan Kolej
Matrikulasi Selangor pada 27 hingga 31 Oktober 2010 yang
berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting. Kejohanan ini
anjuran unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Selangor bagi persediaan
mengenal pasti atlet-atlet yang berbakat untuk diserapkan ke dalam
pasukan Kolej Matrikulasi Selangor.
Atlet
Individu lelaki dan
perempuan yang menyertai acara futsal, badminton, ping pong, dan
bola jaring yang berumur 17.
BAB II
Tinjauan
Literatur
2.1.
Pengenalan
Bab ini mengandungi
beberapa huraian dan kajian lampau yang berkaitan dengan kebimbangan.
Kajian penulisan berkaitan dengan kebimbangan di bincang mengikut
topik-topik seperti berikut:
- Definisi kebimbangan
- Kebimbangan tret dan state
- Alat pengukuran terhadap kebimbangan
- Kebolehpercayaan yang berkaitan dengan penyelidikan
- Teori yang berkaitan dengan kebimbangan
- Kebimbangan di peringkat pra pertandingan
- Faktor-faktor yang menyebabkan kebimbangan
- Kaedah-kaedah untuk mengurangkan kebimbangan pertandingan
2.2. Definisi Kebimbangan
Pelbagai
tafsiran telah diberikan oleh ahli-ahli psikologi dan pakar-pakar
dalam bidang sukan tentang istilah kebimbangan. Walaupun pelbagai
interpretasi telah dikemukakan, namun tidak tedapat banyak perbezaan
dari segi maksudnya.
Kebimbangan
adalah antara aspek mental yang perlu diberi
perhatian
bagi memahami tingkahlaku
individu
dalam meningkatkan prestasi mereka (Tajul Ariffin,
Ruslin
Amin dan
Zamri
Mohamad,
2004).
Kebimbangan dilihat
sebagai
suatu keadaan negatif yang boleh memberi kesan kepada prestasi atlet
(Weinberg dan Gould, 2007).
Menurut
Wann
(1997),
kebimbangan
akan
wujud
bila
individu
mula meragui kemampuannya dalam
mengawal
situasi
yang menyebabkannya merasa tertekan..
Kebimbangan boleh menjadi suatu fenomena asas dan masalah sebenarnya
ialah keadaan (situasi). Vasudevan (1989), mendefinisikan kebimbangan
sebagai suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau gementar pada
orang yang menpunyai pertalian dengan diri kita. Kebimbangan dalam
sukan berpunca daripada pelbagai sumber seperti manusia lain, tugasan
dan persekitaran dan ia bukan sahaja dialami oleh atlet tetapi juga
oleh jurulatih, ibu bapa, penonton dan orang ramai.
Cox (2002) mendefinisikan kebimbangan sebagai pengertian perasaan
yang subjektif dan peringkat ‘arousal’
secara mendadak. Atlet yang mengalami perasaan kebimbangan sebelum
dan semasa pertandingan mungkin akan mengalami peningkatan tahap
‘arousal’
dan merasa ketegangan pada tubuh. Sementara itu, Endler (1978),
menyatakan terdapat lima aspek yang boleh dikaitkan dengan
kebimbangan. Antaranya:
- Layanan terhadap ego di dalam diri sendiri. (terutamanya untuk menghadapi kekecewaan).
- Kebahagiaan boleh membahayakan fizikal.
- Kekaburan (di luar jangkaan dan ketakutan yang tidak diketahui sumbernya).
- Gangguan terhadap aktiviti harian.
- Pemikiran sosial (bimbang dinilai secara negatif oleh orang lain).
Bagi
atlet yang pernah mengalami perasaan kebimbangann, ianya mungkin
wujud disebabkan oleh satu atau lebih faktor-faktor yang dinyatakan
di atas. Contohnya, seorang pemain ‘baseball’
mungkin merasa bimbang jika di ‘strike
out’,
terkena bola, tidak pasti akan diturunkan sebagai pemain permulaan,
terpaksa bermain di posisi yang lain atau sedang dinilai prestasinya
oleh rakan sepasukan. Sebahagian atau kesemua perkara yang dinyatakan
mungkin mengundang ke arah menyebabkan kebimbangan ke atas diri atlet
tersebut.
2.3. Kebimbangan Tret dan State
Speilberger
(1966), telah mengembangkan pengertian kebimbangan dengan
memperkenalkan ciri-ciri personaliti yang agak stabil sebagai
kebimbangan tret dan perasaan yang berubah-ubah dengan kadar segera
sebagai kebimbangan state.
Beliau seterusnya mengklafikasikan dengan lebih lanjut kebimbangan
tret
sebagai kecenderungan untuk menjadi bimbang dalam situasi yang
menekan, manakala kebimbangan state disifatkan sebagai perasaan
sebenar yang dialami dan rasa ketegangan pada keadaan-keadaan yang
tertentu. Individu yang cenderung kepada kebimbangan adalah individu
yang mempunyai kebimbangan tret yang tinggi. Individu yang tergolong
dalam kategori ini akan lebih kerap mengalami kebimbangan state
daripada individu yang mempunyai kebimbangan tret
yang rendah, akan tetapi tidak semestinya mengalami kebimbangan state
pada paras yang amat tinggi.
Carron
(1975), mendefinisikan kebimbangan tret
sebagai gerak balas personaliti yang diperolehi melalui pengalaman.
Perbezaan dalam kebimbangan tret
dikaitkan dengan perbezaan individu menginterpretasikan sesuatu
terhadap situasi pertandingan yang disertai dengan perasaan terancam.
2.4. Alat Pengukuran Terhadap Kebimbangan
Terdapat
beberapa jenis alat pengukuran yang telah direkabentuk dan diubahsuai
untuk mengukur tahap kebimbangan seseorang. Antaranya adalah alat
pengukur yang dipanggil ‘Manifest
Anxiety Scale’
(MAS). Alat ini direka oleh Cox, (1995) dan merupakan alat pengukur
terhadap kebimbangan yang pertama digunakan secara meluas. MAS
terdiri daripada beberapa inventori yang diambil daripada 550 perkara
dalam ‘Minnesota
Multiphasic Personality Inventory’,
iaitu sejenis alat pengukur yang sering digunakan untuk mengenalpasti
kecenderungan ‘psychopathological’.
Secara umumnya, atlet yang mendapat skor MAS yang terlalu tinggi
dilaporkan menunjukkan penurunan dalam prestasi jika dibandingkan
dengan atlet atau individu yang mendapat skor MAS yang rendah.
Di
samping itu, terdapat sejenis alat yang dipanggil ‘State-Trait
Anxiety Inventory’
(STAI) yang telah direkabentuk oleh Speilberger pada tahun 1970. Alat
ini digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan tret dan state.
Terdapat
dua jenis STAI iaitu STAI Borang X-1 dan STAI Borang X-2. STAI
Borang X-1 digunakan mengukur tahap kebimbangan state dan mempunyai
kebolehpercayaan berjulat dari 0.83 hingga ke 0.92. manakala STAI
Borang X-2 digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan tret dan ia
mempunyai kebolehpercayaan berjulat dari 0.86 hingga ke 0.92. Item
skor STAI untuk kebimbangan tret sering digunakan sebagai alat
pengukur kebimbangan kerana alat ini mempunyai kesahan yang tinggi.
Selain
daripada alat pengukur yang dinyatakan di atas, alat yang digunakan
dalam kajian ini ‘Sport
Competition Anxiety Test’
(SCAT) juga tidak kurang hebatnya. Instrumen yang dibentuk oleh
Martens (1977) adalah khas untuk mengukur tahap kebimbangan
pertandingan orang dewasa .
2.5. Kebolehpercayaan Alat Pengukuran SCAT
Ramai penyelidik
menggunakan SCAT dalam kajian mereka. Para penyelidik ini melaporkan
bahawa SCAT mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang agak tinggi
(Biddle, 1995). Sebelum itu, Martens (1977), telah menjalankan kajian
yang menggunakan SCAT dan beliau telah melaporkan bahawa
kebolehpercayaan SCAT adalah 0.77, manakala dalam konteks Malaysia,
Low Pheng Chuann (1989) pula melaporkan SCAT mempunyai
kebolehpercayaan 0.81. Ini menunjukkan bahawa SCAT mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi apabila ditadbirkan ke atas atlet-atlet
di Malaysia.
2.6. Teori
yang berkaitan dengan kebimbangan
Terdapat
beberapa teori yang berkaitan dengan kebimbangan dan prestasi atlet.
Teori tersebut adalah Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)
dalam Cox (2002), Teori Pembalikan 'U' (Fazey dan Hardy, 1988) dan
Teori Pembalikan Martens (Martens, 1987). Teori Zon Berfungsi yang
Optimum Hanin (ZBO) diperkenalkan oleh ahli psikologi sukan Rusia,
iaitu Yuri Hanin. Beliau mengandaikan bahawa tahap optimum
kebimbangan berasaskan situasi adalah berbeza antara atlet yang lain.
Ada yang bermula pada tahap yang paling rendah dan ada pula yang
bermula pada tahap yang paling tinggi. Cox, (2002) menerangkan
bahawa setiap atlet mempunyai ZBO tersendiri. ZBO atlit yang optimum
akan menghasilkan prestasi yang baik. Manakala ZBO yang rendah akan
menghasilkan prestasi yang buruk. Teori Pembalikan 'U' pula
menjelaskan bahawa atlet yang terbabit perlu diambil kira bagi
memahami perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan. Atlet biasanya
ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah untuk mengelakkan
kebimbangan.
2.7.
Kajian Lampau yang Berkaitan dengan Penyelidikan Kebimbangan
Dalam
mengkaji penulisan-penulisan berkaitan dengan tahap kebimbangan di
peringkat pra pertandingan, Simon dan Martens (1979) mendapati atlet
yang terlibat dalam pertandingan seperti gusti dan gimnastik
menunjukkan tahap kebimbangan pra pertandingan yang tinggi dan
signifikan jika dibandingkan dengan atlet yang terlibat dalam
permainan bola sepak, hoki dan ‘baseball’.
Hasil kajian ini adalah sehaluan dengan kajian yang dijalankan oleh
Martens dan rakan-rakan (1990) yang menyatakan terdapat perbezaan
kebimbangan state
di peringkat pra pertandingan antara atlet sukan individu dan atlet
sukan berpasukan. Atlet yang terlibat dengan sukan sentuhan (contact
sport)
menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih tinggi di peringkat pra
pertandingan berbanding dengan sukan yang bukan berbentuk sentuhan.
Pendapat Martens dan rakan-rakan disokong oleh Burton (1988) dan
Landers dan Boutche (1993) yang menyatakan perbezaan posisi, acara
sukan dan peranan yang kompleks dalam sesuatu permainan juga
mempengaruhi tahap kebimbangan atlet di peringkat pra pertandingan.
Passer, (1982) melaporkan bahawa kadar nadi dan respirartori pemain
yang akan membuat ‘batting’
(menunggu giliran) dalam satu pertandingan Liga ‘Baseball’
selepas dua orang rakan sepasukannya membuat pukulan adalah pada
kadar yang tinggi. Kadar denyutan nadi dan respiratori yang
berlebihan sebelum sesuatu pertandingan adalah sebahagian daripada
simptom atlet tersebut dalam keadaan yang tegang dan bimbang.
Manakala dari segi
perbezaan jantina, Martens dan rakan-rakan (1990), melaporkan bahawa
atlet wanita menunjukkan tahap kebimbangan yang tinggi dan mempunyai
keyakinan diri yang rendah pada peringkat pra pertandingan jika
dibandingkan dengan atlet lelaki.
Sebagai tambahan, dapatan kajian ini juga menyokong dapatan kajian
Wiggins,
Lai, dan Deiters, (2005),
yang
menyatakan bahawa atlet wanita mempunyai tahap kebimbangan pra
pertandingan yang tinggi serta mempunyai keyakinan diri yang rendah
jika dibandingkan dengan atlet lelaki.
Contoh kajian lampau merangkumi penyiasatan terhadap perbezaan
jantina (Wiggins, 2001), kognitif kecemasan penstrukturan (Hanton dan
Jones, 1999), dan kajian antara atlet dengan tahap kemahiran yang
berbeza (Perry dan Williams, 1998; Wiggins,1996). Gejala kebimbangan
yang dirasakan mempengaruhi seseorang untuk menafsirkan keadaan
kebimbangan sebagai ancaman (Weinberg dan Gould, 2003). Hanya
baru-baru ini para penyelidik dalam bidang psikologi sukan mula
menyiasat hubungan antara keletihan dan persepsi kebimbangan
(Wiggins, Cremades, Lai, Lee, dan Erdmann, 2006; Wiggins, Lai, dan
Deiters, 2005 ).
2.8. Faktor-faktor
Yang Menyebabkan Kebimbangan
Passer
dan Michael (1982), berpendapat pertandingan itu sendiri yang
menyebabkan kebimbangan, terutamanya kepada sebilangan kecil atlet di
peringkat remaja. Prestasi mereka merosot, terdapat gangguan ketika
tidur dan waktu makan mereka menjadi tidak teratur. Oleh itu, ramai
daripada ahli sukan remaja ini mengambil keputusan untuk mengundurkan
diri daripada terlibat dalam pertandingan.
Cooley
(1987), mendapati bahawa faktor sekeliling dan pengetahuan tentang
pihak lawan adalah pengaruh penting dalam menentukan kebimbangan
atlet. Jangkaan atau tanggapan terhadap kepentingan dan kesukaran
dalam sesuatu pertandingan (Weinberg
dan Gould, 2007)
adalah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kebimbangan atlet
seterusnya boleh mempengaruhi prestasi atlet.
Schellenberger
(1990), mendapati bahawa psikologi sukan telah menentukan bahawa
tekanan psikologikal adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang
terdapat di luar daripada aktiviti sebenar yang dipengaruhi secara
negatif oleh tekanan ini. Faktor-faktor ini termasuklah kesihatan
kurang baik, konflik dalam keluarga, perhubungan tegang dengan rakan
sepejabat atau ketua, keadaan kehidupan, masalah seksual, masalah
kewangan, perasaan kekecewaan atau masalah komunikasui secara umum.
2.9. Kaedah-Kaedah
Untuk Mengurangkan Kebimbangan Pertandingan
Ramai
di kalangan ahli sukan telah meminta bantuan dan bimbingan daripada
pakar-pakar psikologi sukan kerana mengalami masalah tekanan yang
amat tinggi sewaktu sebelum menghadapi sesuatu pertandingan (Smith,
Smoll, dan Schutz,
1980).
Antara
cara berkesan untuk mencapai paras kebimbangan yang sesuai sewaktu
menghadapi sesuatu pertandingan adalah dengan mengamalkan teknik
‘relaxation’ (Bull, 1991).
Biddle,
(1995) menyatakan antara langkah yang diambil oleh pakar psikologi
sukan untuk membantu atlet mengurangkan kebimbangan dalam
pertandingan adalah dengan mengajar atlet terbabit dengan satu bentuk
teknik pengurusan tekanan bagi mengurangkan tanda-tanda kebimbangan.
Crocker
(1992) mendapati atlet melakukan strategi seperti meningkatkan
usaha, merancang, merahsiakan aktiviti pertandingan, penyelesaian
masalah secara aktif dan menyalahkan diri sendiri sebagai kaedah
untuk menurangkan tekanan ketika pertandingan.
2.10.
Rumusan tinjauan literatur
Berdasarkan
tinjauan pendapat dan kajian yang dinyatakan di atas, jelas sekali
bahawa tahap kebimbangan yang dialami oleh seseorang atlet ketika di
peringkat sebelum pertandingan atau semasa pertandingan berlangsung
mengganggu konsentrasi atlet daripada memberi tumpuan yang sepenuhnya
dalam pertandingan yang disertainya. Di samping itu, penyelidik juga
berminat untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya
kebimbangan dan kaedah-kaedah yang sering digunakan oleh atlet untuk
mengurangkan kebimbangan sebelum pertandingan.di peringkat
kebangsaan.
BAB III
Metodologi
3.1
Pengenalan
Tujuan
utama penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang
tahap kebimbangan atlet Kolej Matrikulasi Selangor . Aspek-aspek
lain yang dikaji ialah mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan
wujudnya kebimbangan dan di samping itu mengetahui kaedah-kaedah yang
sering digunakan oleh atlet Kolej Matrikulasi Selangor dalam
menghadapi kebimbangan di peringkat pertandingan. Oleh itu, di dalam
bab ini akan diperbincangkan aspek-aspek seperti berikut:
- Rekabentuk kajian
- Subjek kajian
- Instrumen kajian
- Skor instrumen kajian
- Kajian Rintis
- Penganalisaan data
- Kesimpulan
3.2. Rekabentuk Kajian
Kajian
ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah soalselidik untuk
mengukur tahap kebimbangan atlet Kolej Matrikulasi di kejohanan
Karnival Sukan Kolej Matrikulasi Selangor. Bagi mengenalpasti
faktor-faktor yang disebabkan kebimbangan pertandingan, borang
lampiran di sediakan dengan responden hanya perlu memilih mana-mana
bahagian yang berkaitan sahaja.
3.3. Subjek Kajian
Subjek
bagi kajian ini terdiri daripada 68 atlet yang
menyertai kejohanan karnival sukan Kolej Matrikulasi Selangor
sahaja yang berumur antara 17 dan 18 tahun di kejohanan
Karnival Sukan Kolej Matrikulasi Selangor pada tarikh 27 Oktober
hingga 31 Oktober 2010.
3.4. Instrumen Kajian
Untuk
kajian ini, pengkaji mengunakan borang soal selidik ‘Sport
Competition
Anxiety
Test’
(SCAT) yang direka oleh Martens (1977) hasil daripada adaptasi
daripada ‘State-Trait
Anxiety Inventory’
(STAI) yang dikemukakan oleh Speilberger (1970).
Sebelum
penggunaan SCAT, ia telah diubahsuai dari Bahasa Inggeris ke Bahasa
Melayu dengan cara ‘translate
re-translate’.
Kaedah ini dijalankan dengan cara memberikan salinan asal instrumen
asal kepada seorang guru yang pakar dalam dwi bahagian iaitu Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu yang akan menterjemahkan instrumen
tersebut Bahasa Melayu. Langkah seterusnya, instrumen yang telah
diterjemahkan tadi akan di berikan pula kepada seorang lagi guru yang
pakar dalam kedua-dua bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu)
untuk diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Inggeris dengan tanpa
merujuk kepada instrumen asal. Instrumen yang telah diterjemahkan
kali kedua tadi dibandingkan dengan istrumen asal untuk diteliti agar
tiada perbezaan dari segi maksud oleh kedua-dua orang guru tadi
bersama pengkaji sebelum digunakan. (Mohd
Nor, Mohad Anizu,
Ali,
dan Aldellah, 2008)
SCAT direkabentuk
khas untuk mengukur tahap kebimbangan seseorang atlet dalam situasi
pertama. Pemilihan instrumen ini bersesuaian untuk kajian yang di
jalankan, memandangkan penggunaan yang meluas dalam kajian terhadap
kebimbangan di kalangan atlet Amerika dan Eropah. (Cox, 2002)
Borang
selidik ini adalah ‘self
administering’
dan boleh ditadbirkan samada secara individu atau kumpulan. Masa
untuk menjawab soalan daripada soal selidik ini tidak dihadkan dan
biasanya ia boleh diselesaikan dalam masa 5 hingga 10 minit.
Arahan-arahan yang lengkap, ringkas dan jelas disertakan dalam soal
selidik ini. Borang soal selidik ini diedarkan sehari sebelum
perlawanan pertama bermula.
3.5. Skor Instrumen Kajian
SCAT
mangandungi 15 item situasi atau soalan di mana setiap item diberikan
skor mengikut respon yang dipilih oleh subjek. Hanya 10 item sahaja
diuji sebenarnya, iaitu item nombor 2, 3, 5, 6, 8, 9, 11, 12, 14 dan
15. Manakala item palsu adalah nombor 1, 4, 7, 10 dan 13. Item
nombor 2, 3, 5, 8, 12, 14 dan 15 menunjukkan pandangan negatif dan
diberi skor seperti berikut:
RESPON
SKOR
Tidak
pernah 1
Kadang-kadang
2
Selalu
3
Item
nombor 6 dan 11 pula menunujukkan pandangan positif dan diberi skor
yang songsang (reverse
order)
iaitu:
RESPON
SKOR
Tidak
pernah 3
Kadang-kadang
2
Selalu
1
Julat
skor adalah di antara 10 hingga 30, di mana skor 10 hingga skor 16
menunjukkan tahap kebimbangan pertandingan yang rendah, seterusnya
skor 17 hingga skor 23 menunjukkan tahap kebimbangan pertandingan
yang sederhana dan skor 24 hingga skor 30 menunjukkan tahap
kebimbangan pertandingan yang tinggi.
Bagi borang soal
selidik yang digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
menyebabkan kebimbangan pertandingan dan kaedah-kaedah untuk
mengurangkan kebimbangan pertandingan melalui peratusan pemilihan
jawapan. Perbandingan akan dilakukan berdasarkan peratusan pemilihan
jawapan subjek.
3.6. Kajian Rintis
Sebelum
kajian sebenar di lakukan, kajian rintis telah dijalankan ke atas
subjek lain dan sebilangan daripada subjek sebenar kajian. Kajian
rintis telah di jalankan pada Ogos 2010 ke atas 30 subjek lelaki
yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Bakai (15) dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Putra (15), Baling, Kedah dalam
pertandingan tinju peringkat Daerah Baling/Sik berlangsung pada 3
Ogos 2010 yang lalu. Subjek yang dipilih adalah terdiri daripada
mereka yang terlibat dalam sukan tinju sahaja. Soalselidik ini telah
diberikan kepada subjek yang terpilih sebelum pertandingan iaitu
ketika pendaftaran pertandingan .
Tujuan
penyelidikan menjalankan kajian rintis adalah untuk melihat
sejauhmana kefahaman subjek menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
dalam borang soalselidik yang telah diubahsuai ini. Antara masalah
yang dikenalpasti adalah kesukaran subjek memahami soalan berbentuk
terbuka (‘open
ended’).
Penyelidik telah
mengambil langkah memperbaiki soalselidik yang bakal digunakan dengan
memurnikan lagi soalan dan arahan bersama beberapa rakan sekerja yang
berpengalaman dalam bidang penyelidikan.
Data
daripada kajian rintis telah dinalisis dan nilai Cronbach
alpha yang
diperolehi ialah .785. Hasil kajian rintis mendapati, min = 20.8,
mod = 18, median = 20, minimum = 14 dan maksimum = 29. Pada
keseluruhannya, didapati tahap kebimbangan subjek dikaji adalah pada
paras yang sederhanaan. Daripada respon yang diperolehi, penyelidik
telah mengambil langkah menyemak, mengkaji dan memperbaiki kelemahan
yang wujud setelah menunjukkan kepada mereka yang berpengalaman dalam
bidang berkenaan.
3.7. Prosedur Kajian
Prosedur
pengumpulan data dan maklumat bagi penyelidikan ini adalah seperti
berikut:
Borang soal selidik
yang bertujuan menguji tahap kebimbangan atlet di peringkat
pertandingan telah diberikan kepada subjek sehari sebelum
pertandingan. Selain daripada penyelidik sendiri, penyelidik juga
telah meminta bantuan pengurus/jurulatih pasukan setiap acara
memanah, olahraga, tinju, angakat berat dan sepaktakraw, negeri Kedah
yang diberikan tanggungjawab untuk mengedar dan mengumpul semula
borang soal selidik daripada subjek.
Ini bertujuan untuk
mengatasi masalah pertandingan yang berlangsung serentak dan tempat
pertandingan yang letaknya agak berjauhan antara satu sama lain.
Arahan dan tunjuk ajar telah diberikan kepada pengurus/jurulatih
sebelum menjalankan tugas untuk memastikan proses pentadbiran soal
selidik dilaksanakan dengan baik dan terkawal. Bagi soal selidik
dikutip semula sebaik sahaja responden selesai melengkapkannya.
3.8. Penganalisisan Data
Berdasarkan
maklumat-maklumat daripada soal selidik yang telah ditadbirkan, data
tersebut dikumpul dan dikodkan. Selepas itu, soal selidik telah
dipindahkan ke borang koding (coding
sheets)
untuk memudahkan kemasukan data ke dalam komputer. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer
‘Statistical
Package For The Social Sciences’(SPSS).
Dua jenis statistik
digunakan iaitu statistik inferensi dan statistik deskriptif yang
menghasilkan kekerapan, peratusan dan min adalah untuk menjawab
persoalan kajian 1, 2 dan 4. Manakala statistik inferensi yang
berbentuk ujian-t digunakan untuk menjawab soalan kajian yang ke-3.
Di samping itu, julat skor SCAT mengikut tahap kebimbangan
pertandingan adalah seperti berikut:
SKOR
TAHAP
10 – 16
Rendah
17 – 23
Sederhana
24 – 30
Tinggi
Bagi
mengenalpasti faktor-faktor penyebab dan kaedah-kaedah mengurangkan
kebimbangan di peringkat pra pertandingan, skor diberi melalui
peratusan pemilihan jawapan untuk dibuat perbandingan.
3.9. Kesimpulan
Bab
ini menghuraikan metodologi kajian yang telah dijalankan. Aspek yang
telah dibincangkan ialah rekabentuk kajian. Subjek kajian, instrumen,
skor instrumen kajian, prosedur kajian dan penganalisaan data.
Kajian
ini adalah satu kajian deskritif yang menggunakan satu set
soalselidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini tertumpu kepada satu
populasi atlet karnival sukan Kolej Matrikulasi Selangor.
Item-item
yang digunakan dalam kajian ini telah diubahsuai dari Bahasa Inggeris
ke Bahasa Melayu oleh orang yang pakar dalam dwibahasa . Maklumbalas
subjek yang diperolehi daripada jawapan soalselidik dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif dan infrensi yang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap kebimbangan subjek di
peringkat pertandingan, serta menentukan faktor-faktor yang
menyebabkan kebimbangan dan kaedah-kaedah untuk mengurangkannya.
3 comments:
salam tuan.saya berminat membuat thesis berkaitan kebimbangan..boleh saya dapatkan sedikit rujukan daripada tuan bagi membuat sedikit pembacaan
Assalammualaikum.. Tuan, saya sangat berminat menghasilkan tesis psikologi sukan berkaitan kebimbangan.. mohon perkongsian maklumat daripada pihak tuan.. (abdullah 013-4181591)
assalamualaikum encik fauzi.. boleh saya dapatkan thesis penuh sebagai rujukan saya.. email saya safwansidek11@gmail.com .. terima kasih encik.. jasamu dikenang..
Post a Comment