Subscribe:

Pages

Monday, 21 October 2013

JEREBU

PENGENALAN
Sejak zaman dahulu lagi, isu jerebu yang berpunca daripada  pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak  pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal  ini  kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah  kepada risiko impa pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu.Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatanyang tinggi dan  kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuacakering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akanmenyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebihdari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujudsecara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapungdi udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkankadar penglihatan.Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketikadahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El- Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dannegara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yangmengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.



MAKSUD JEREBU
Jerebu  merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi pemandangan langit.Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun  wujud  akibat  daripada  kegiatan  seharian manusia. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah   yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan dan menyumbang kepada masalah pernafasan. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut. Jerebu  adalah satu  fenomena yang begitu  merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia  bukan   sahaja membawa   kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan  bandar.  Dilihat dari   jauh (seperti dari  kapal  terbang), jerebu biasanya kelihatan keperangan. Namun dari dekat,ia berwarna putih seperti asap. Jerebu merupakan satu masalah  biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal.





PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA

1) Pembakaran

Kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun  1997  adalah  disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri  Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan   dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri     telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.
                                                     http://htmlimg2.scribdassets.com/5cnfid0phcbgsyr/images/4-bfa0b1c014.jpg
                                  Sumber:Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan

2) Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara .Bahan api  juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu  dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.
                                http://htmlimg1.scribdassets.com/5cnfid0phcbgsyr/images/5-a020f2e477.jpg
                       Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan


3) Proses Perbandaran 

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah  menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk sama ada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan  bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan  impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini.
                                       http://htmlimg2.scribdassets.com/5cnfid0phcbgsyr/images/6-0a521f36c7.jpg
                                     Pelepasan asap hitam dari serombong asap
Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan  pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada  disekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang,gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan  pencemar tersebut bolehmenyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih  mata  dan sebagainnya.







INDEKS PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara (IPU); bahasa Inggeris: Air Pollution Index (API) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya di China,Hong Kong  dan  Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012.[1]
Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU
Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)




KESAN-KESAN JEREBU  

1) Kesihatan

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur  dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk   pada  kesihatan  manusia  terutama  kepada  golongan  kanak-kanak, warga  tua  dan  juga kepada  mereka  yang menghidapi penyakit-penyakit  tertentu  seperti  asma,  alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di bawah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.
        Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.
Bahan Pencemar
         Punca
                  Kesan
   a) Asap
~ Pembakaran bahan api  
~ Pembakaran sampah            sarap
~Serombong asap
  kilang
~ Ekzos kenderaan  bermotor

~ Mengganggu pernafasan normal
~Pembentukkan asbut yang
  mengganggu penglihatan   




    b) Debu
~ Kilang papan,kuari,simen,
   asbestos,batu kapur

~Serangan lelah pada pesakit      asma
~ Batuk-batuk
~ Sesak nafas
    c) Plumbum
~ Petrol berplumbum
~Pembakaran bahan bercat
~Mengganggu keupayaan badan membina sel darah baru
~ Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak
 d)Karbon  monoksida
~Pembakaran bahan api  yang tidak lengkap
~ Ekzos kenderaan

~Menghalang pembentukan  oksihemoglobin berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah
~ Melembamkan otak
~ Boleh membawa maut sekiranya
   Diambil dalam jumlah yang banyak