Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Featured Posts

Monday, 22 September 2014

KERTAS KERJA PROJEK

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM MUHIBAH STAF KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR BERSAMA STAF KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

1.               PENDAHULUAN

Program muhibah staf Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) ke Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan  dianjurkan untuk  mengeratkan hubungan semua pihak yang terlibat dalam program  ini. Sehubungan dengan itu, kelab staf KMS  merancang mengadakan  program perlawanan persahabatan bola sepak, bola tampar, dan badminton  sebagai satu medium membina persefahaman dan hubungan baik antara staf KMS  dengan staf Kolej Matrikulasi Kedah (KMK). 

2.0       RASIONAL
Perlawanan persahabatan ini   diharap agar dapat memberi peluang untuk penglibatan yang lebih menyeluruh dalam kalangan staf KMS serta dapat mengeratkan hubungan antara staf KMS, dan KMK.

3.0       MATLAMAT

Matlamat lawatan ini adalah untuk membina semangat dan motivasi staf KMS bagi  mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan melalui penerapan nilai-nilai positif terutamanya untuk membentuk  kebolehan bekerja secara berpasukan. Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan dapat mengembangkan potensi staf KMS supaya lebih berketrampilan, berkeyakinan, berwibawa, dan berkepimpinan. Melalui lawatan ini juga dapat  mewujudkan suasana yang sihat seperti, kerjasama berpasukan, suasana persahabatan dan keseronokan berkerja dalam kalangan staf KMS. 

4.0       OBJEKTIF
4.1. Mewujudkan suasana harmoni dan muhibah dalam perlawanan persahabatan. 
4.2. Mewujudkan jalinan kerjasama antara KMS dengan Kolej Matrikulasi yang lain.
4.3. Mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dapat  
membentuk  sifat-sifat kepimpinan, jati diri, kerjasama dan kebolehan berinteraksi dalam kalangan staf KMS
4.4.            Menggalakkan budaya gaya hidup sihat melalui perlawanan persahabatan

5.0       ANJURAN
            Program ini dianjurkan oleh Kelab Bolasepak Staf, Kolej Matrikulasi Selangor.

6.0       TARIKH TENTATIF ROGRAM
            5hb  hingga 7hb April 2013      
            (Rujuk lamiran 1)

7.0       LOKASI / TEMPAT
             Kolej Matrikulasi Kedah.
 
8.0       PENGLIBATAN
8.1. 20 orang staf KMS yang akan mewakili sukan bolasepak dan 10 orang badminton dan 10 orang pemain bola tampar
                  (rujuk lampiran 2)
                  
9.0               JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LAWATAN MUHIBAH

PENAUNG                :Tn. Hj. Mustafar bin Musa, Pengarah, Kolej Matrikulasi Selangor
PENASIHAT             : En. Husain b. Hitam, Timbalan Pengarah, Kolej Matrikulasi Selangor
PENGERUSI             : En. Nizam b. Hashim
NAIB PENGERUSI  :  En. Mohamad Hasran bin Abd Ghani @ Rani
SETIAUSAHA          :En Mohd Khellimi bin. Abdullah
BENDAHARI            :En. Ismail bin Selamat

10.1          AJK Pelaksana Program

Bil
Jawatankuasa
Nama Pelajar
1
Pengurus bola sepak
 En. Mohd Fauzi b. Hussin
2
Penolong pengurus bolasepak
En. Mohd Qamarul Badri b. Kamarulzaman

3
Ketua pasukan bolasepak
En. Mohd Hafiz b. Hasan
4
Pengurus pasukan badminton
En. Rohit b. Safuan
5
Ketua pasukan badminton
En. Khairul Hisam b. Abu Hassan
6
Pengurus pasukan bola tampar
En. Muhamad Nizam @ Abdul Hafiz b. Hilmi
7
Ketua pasukan bola tampar
En. Roslan b. Kadir
8
Fisiotrafi dan Pertolongan Cemas
En. Mohd Ridzuan b. Saidin
9
Penginapan
En. Mohd Tarmizi b. Hamid

10
Pengangkutan
En. Mohd Kamal Azli b. Hasan
11
Minuman dan makanan
En. Musa b. Suparman
12
Peralatan
En. Muhammad Syukril Naim b. Md Nor
13
Cenderamata kolej
En. Yusdi b. Muhammad
           
11.0     ANGGARAN BELANJAWAN

BIL
PERKARA
KOS
KUANTITI
JUMLAH
1
Pengangkutan (Bas, Van dan Tol)
KMS
1 Bas
2 orang (pemandu)
KMS
Elaun Harian
2
Cenderamata Kolej
Gody Bag
KMS
4 unit
4 unit
KMS
KMS

3
Air mineral
KMS
10 kotak
KMS






Jumlah











12.0     PENUTUP
Lawatan muhibah ini adalah satu program yang diuruskan oleh AJK Kelab Staf KMS yang melibatkan  pasukan bola sepak, badminton dan bola tampar.  Diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar seperti mana yang telah dirancang. Semoga mencapai objektif yang ditetapkan bagi kepentingan staf , Kolej Matrikulasi Selangor dan negara.

Disediakan  oleh  :                                      

………………………………………           
(En Mohd Khellimi bin. Abdullah )                        
Setiausaha Lawatan,
Kolej Matrikulasi Selangor,                                        
Kementerian Pelajaran Malaysia.


Disemak  oleh  :

…………………………………………
( En. Nizam b. Hashim)
Pengerusi Kelab Bolasepak Staf,
Kolej Matrikulasi Selangor,                                        
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disokong oleh :                                                                            Diluluskan :/ tidak diluluskan

………………………………………………                             ….........................................................
 (EN HUSAIN BIN HITAM)                                                      (TN HJ. MUSTAFAR BIN MUSA)
 Timbalan Pengarah                                                                        Pengarah
Kolej Matrikulasi Selangor,                                                            Kolej Matrikulasi Selangor,
Kementerian Pelajaran Malaysia.                                                   Kementerian Pelajaran Malaysia.














LAMPIRAN



















TENTATIF PROGRAM LAWATAN PERLAWANAN PERSAHABATAN

JUMAAT (27HB DISEMBER  2013)
4.30 petang            : Berkumpul dan bertolak dari Kolej Matrikulasi Selangor ke Kolej Matrikulasi  Kedah 
11.30   malam       :    Dijangka tiba di Kolej Matrikulasi Kedah.
   Mendaftar masuk ke Kolej Penginapan KMK

SABTU (28HB DISEMBER 2013)
6.00 pagi                   : Solat subuh
7.00 pagi                   : Sarapan pagi
8.30 pagi                   : Perlawanan Persahabatan di KMK bola sepak dan bola tampar
10.30 pagi                 :Perlawanan di KMK badminton dan bowling
1.00 tengahari         : makan tengahari dan rehat
5.00 petang              : Perlawanan di KMP badminton dan bowling
9.00 mlm                  : Makan Malam          
10.00 mlm                 : Rehat

AHAD  (29HB DISEMBER  2013)
7.30 pagi                 : Sarapan pagi sendiri
10.00 pagi              :  Bergerak pulang ke Kolej Matrikulasi Selangor
5.30  petang        :   Di jangka tiba di KMS


Monday, 21 October 2013

JEREBU

PENGENALAN
Sejak zaman dahulu lagi, isu jerebu yang berpunca daripada  pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat. Hal ini disebabkan oleh impak  pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan faktor pencemaran,contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan di bandar Kuala Lumpur. Hal  ini  kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah  kepada risiko impa pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang berterusan kerana terdapat pelbagai masalah alam sekitar yang mengiringi setiap pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu.Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatanyang tinggi dan  kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan.Bagi tempoh-tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuacakering. Tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akanmenyumbang kepada pembentukan jerebu (Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia).Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebihdari kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujudsecara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang,asap kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu.Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapungdi udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkankadar penglihatan.Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketikadahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El- Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dannegara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara daerah yangmengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan Kudat.



MAKSUD JEREBU
Jerebu  merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi pemandangan langit.Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun  wujud  akibat  daripada  kegiatan  seharian manusia. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah   yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan dan menyumbang kepada masalah pernafasan. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut. Jerebu  adalah satu  fenomena yang begitu  merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia  bukan   sahaja membawa   kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan  bandar.  Dilihat dari   jauh (seperti dari  kapal  terbang), jerebu biasanya kelihatan keperangan. Namun dari dekat,ia berwarna putih seperti asap. Jerebu merupakan satu masalah  biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal.





PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA

1) Pembakaran

Kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun  1997  adalah  disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri  Sabah telah terjejas teruk akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar bantuan kepada Kalimantan   dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri     telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.
                                                     http://htmlimg2.scribdassets.com/5cnfid0phcbgsyr/images/4-bfa0b1c014.jpg
                                  Sumber:Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Darul Ridzuan

2) Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara .Bahan api  juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon.Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan:
S + 2O2-----------SO4
Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu  dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.
                                http://htmlimg1.scribdassets.com/5cnfid0phcbgsyr/images/5-a020f2e477.jpg
                       Sumber: Jabatan Alam Sekitar negeri Perak Darul Ridzuan


3) Proses Perbandaran 

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah  menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses pertambahan penduduk sama ada secara semulajadi atau migrasi. Jadi pertambahan  bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar akan menghasilkan  impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini.
                                       http://htmlimg2.scribdassets.com/5cnfid0phcbgsyr/images/6-0a521f36c7.jpg
                                     Pelepasan asap hitam dari serombong asap
Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Sekiranya bahan  pencemar ini tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada  disekeliling kehidupan alam sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang,gas beracun, asap, debu dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan manusia kerana bahan  pencemar tersebut bolehmenyebabkan sesak nafas di kalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih  mata  dan sebagainnya.







INDEKS PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara (IPU); bahasa Inggeris: Air Pollution Index (API) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya di China,Hong Kong  dan  Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012.[1]
Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU
Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)




KESAN-KESAN JEREBU  

1) Kesihatan

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur  dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk   pada  kesihatan  manusia  terutama  kepada  golongan  kanak-kanak, warga  tua  dan  juga kepada  mereka  yang menghidapi penyakit-penyakit  tertentu  seperti  asma,  alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di bawah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.
        Jadual 1: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.
Bahan Pencemar
         Punca
                  Kesan
   a) Asap
~ Pembakaran bahan api  
~ Pembakaran sampah            sarap
~Serombong asap
  kilang
~ Ekzos kenderaan  bermotor

~ Mengganggu pernafasan normal
~Pembentukkan asbut yang
  mengganggu penglihatan   




    b) Debu
~ Kilang papan,kuari,simen,
   asbestos,batu kapur

~Serangan lelah pada pesakit      asma
~ Batuk-batuk
~ Sesak nafas
    c) Plumbum
~ Petrol berplumbum
~Pembakaran bahan bercat
~Mengganggu keupayaan badan membina sel darah baru
~ Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak
 d)Karbon  monoksida
~Pembakaran bahan api  yang tidak lengkap
~ Ekzos kenderaan

~Menghalang pembentukan  oksihemoglobin berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah
~ Melembamkan otak
~ Boleh membawa maut sekiranya
   Diambil dalam jumlah yang banyak